mat said bukak langkah 1000

strategi mat said untuk menggulingkan mb terengganu menemui jalan buntu, akhirnya mat said melarikan diri, tapi peluru yang dibekalkan oleh cikdet kepadanya gagal menjatuhkan mb terengganu hasil menjatuhkan mat said. mat said mengambil alih kerusi mb dalam suasana yang sama cuma alderis tidak sempat ditabalkan menjadi mb terengganu dan mat said mencilok jawatan itu ditengah jalan, akhirnya deris natang terkulat kulat. hasil karya nya, kroni deris kembali lapar bila mat said mula masuk wisma darul iman, pasport besut sudah tidak laku lagi diwisma darul iman. kroni deris mula dinyah keluar dari wisma darul iman, banyak projek alderis natang disilamban oleh mat said, projek taman ilmu, masjid hadhari, projek sia sia alderis diwar warkan oleh mat said demi memastikan dynasty yeh terus tenggelam.

kroni mat said mengambil alih wisma darul iman, kenyir dijadikan pelabuhan bebas cukai pertama dalam dunia dalam tasik buatan manusia. mat said mencurah beratus juta membina taman rama rama dalam kenyir akhirnya kenyir tetap sepi, penggal kedua mat said bermula akhirnya perjanjian setan sampai ke penghujungnya, mat said sedar kuasanya akan diregut sebagaimana dia meregut kuasa alderis natang, mat said mengamuk namun amukan mat said tidak sampai kemana, harimau lapar dapat dijinakkan dengan menjanjikan pelbagai projek bernilai ratusan juta namun sampai sekarang projek yang dijanjikan dalam keadaan ekonomi yang makin nazak kroni mat said terus kelaparan. akhirnya mat said mengamuk kembali tapi sebagaimana biasa sudah jatuh bermakna tidak ada siapa lagi akan menghiraukan salakan dan amukan mat said. akhirnya mat said membuka langkah 1000 melarikan diri setelah ia diugut kembali dengan fail bertimbun.

Ulasan