GST cukai haramjadah

GST adalah satu cukai yang zalim, (kerana) ia adalah cukai yang tidak ada had ke atas pendapatan. Dalam sistem cukai yang biasa, yang dilaksanakan dalam mana mana negara dalam dunia ini, orang yang dikehendaki untuk membayar cukai ialah orang yang mampu pendapatannya untuk bayar cukai. Contohnya di Malaysia, kalau gaji bulanan melebihi RM2500 dan ke atas, baru kena bayar cukai. Itupun sedikit saja cukai. Maknanya ada jumlah pendapatan lebih, kena bayar cukai. Kurang daripada itu, tak payah bayar cukai.
Tetapi, di bawah GST ini, tak kira (berapa) pendapatan tuan-tuan (samada) RM1 sebulan, RM10 sebulan, (atau) RM100 sebulan, tetap kena bayar cukai apabila pergi ke pasaran. Apabila ‘bertransaksi’ dalam pasaran, kena bayar cukai tak kira nilai gaji (yang) anda perolehi.
Bermakna cukai ini menindas. Apa sebab menindas? Orang yang tak patut bayar cukai pun kena bayar cukai bawah GST.
Yang KEDUA, beban cukai ni dirasai dan dipikul secara lebih berat oleh orang yang miskin. Anak Lim (Goh Tong), tokey judi negara, kalau dia beli satu botol Coca-cola di kedai 7-Eleven, dia beli tambah cukai RM1.60. (Begitu juga) seorang peminta sedekah yang pendapatan tidak menentu, (hanya) bergantung kepada sedekah, masuk ke kedai yang sama, beli Coca-cola juga kena bayar RM1.60, itu tidak adil.
Dr Rosli YaakobOrang miskin, gaji (pendapatan)dia sikit, kena bayar cukai sama dengan orang yang kaya raya, bermakna beban cukai lebih berat kepada orang miskin. Inilah zalimnya cukai (GST) itu.
Yang KETIGA, cukai ini tiada nisab. Kalau pendapatan diukur, pendapatan setahun baru bayar cukai, pendapatan korporat (tempoh) setahun baru bayar cukai. Ada untung baru bayar cukai. Kalau korporat rugi, tak payah bayar cukai. Boleh tuntut pula cukai tu kemudian.
Tapi di bawah GST ini, (samaada) ada pendapatan ke tidak, untung ke tidak, semuanya kena bayar cukai kerana orang yang untung berniaga kena beli makanan juga untuk makan, kena beli pakaian, ubatan dan sebagainya. Kena bayar cukai. Bermakna, tuan tuan, dia tidak kira masa. Tiada had masa. Cukai ini ada setiap masa.
Itulah sebabnya ahli ahli ekonomi mengatakan GST adalah cukai “24/7” (24 jam sehari, 7 hari seminggu) Kalau tuan puan pergi ke 7-Eleven, dia buka 24 jam. Setiap kali tuan puan beli barang ke kedai 7-Eleven ini, setiap kali itulah tuan puan kena bayar cukai ini. Tiada had masa dan yang saya sebut awal tadi, tiada had pendapatan.
Yang KEEMPAT, tiada had ke atasa siapa yang bayar cukai. Di bawah cukai 6% (GST) ini, yang kerajaan nak kenakan(laksanakan pada 2015) ni, akan dibayar oleh semua orang. Kaya, (atau) miskin kena bayar cukai. Sebab dia (semuanya) berbelanja di pasaran, di kedai-kedai. Tua,(atau) muda kena bayar cukai. Peminta sedekah kena bayar cukai. Orang tiada pendapatan kena bayar cukai. Bermakna, tak kira ada pendapatan atau tiada pendapatan, (samada) peminta sedekah, (atau) dapat duit daripada BR1M, semuanya kena bayar cukai.
Jika sekarang ini, hanya 1.5 juta rakyat Malaysia bayar cukai, sebab mereka adalah golongan berpendapatan tinggi dalam sistem yang ada, hari ini (bila GST dilaksanakan) 30 juta rakyat Malaysia akan bayar cukai. Kanak kanak dalam perut pun kena bayar cukai. Sebab apa, ibu dia kan berbelanja untuk dia sihat dalam kandungan. Anak yang baru lahir nak beli ‘diapers’ (lampin pakai buang), kena bayar cukai. Siapa tak bayar cukai? Orang PAS kena bayar cukai, orang BN pun kena bayar cukai, orang yang tiada parti pun kena bayar cukai. Semua orang kena bayar cukai dalam GST, kerana semua orang akan pergi ke pasaran di mana cukai GST itu akan dipungut setiap masa pergi berinteraksi dengan pasaran.
**** Sebahagian Ucapan Dalam Pembentangan Bekas Timbalan Gabenur Bank Negara Malaysia, Dr Rosli Yaakob [Gambar], berhubung GST pada program Munaqasyah Ucapan dasar Presiden di Kuala Ibai, Sabtu 1hb Februari, 2014

Ulasan

  1. Nama pun GST (Gasak Sampai Tersungkur).... Terima kasih Umno celaka dan tahniah macai-macai Umno yang siang malam duk puja-puji RM/Umno?BN kerana undi-undi lu telah mencelakakan diri lu sendiri. Jom kita pakat-pakat tanya macai-macai Umno adakah kad keahlian mereka laku kat mana-mana pusat belibelah apabila ditunjukkan maka yang jaga kaunter akan terkencing/terberak nak potong GST kat reset belian.

    BalasPadam
  2. bukan setakat macai umno, macai yang menyokong sebab nak buktikan mereka hebat sangat dalam menulis, sekarang senyap je sejak kerajaan pas jatuh, saham mereka dalam usaha menjatuhkan kerajaan pas mereka lupa ke

    BalasPadam

Catat Ulasan