lawak kajang

nampaknya ramai sangat nak memuji nuar berahim. semua taktikal bukan sebab lain. semua dalam urusan hebat parti pkr. kolid samad arah psm jangan masuk campur meletakkn calon di dun kajang. psm berminat nampaknya untuk bertanding sama. party marhaen psm kata pemuja psm berdiam diri nampaknya dalam isu kajang, susah jugak cacai cacai nak buat keputusan kali ini. kalau psm masuk bertanding bermakna akan ada 3 penjuru akan berlaku di dun kajang. mungkin PSM boleh menang djika pencacai pemuka pemuja psm dalam blog menulis tentang kehebatan psm. mungkin boss atau setiausaha psm yang akan bertanding. dengn jentera yang padu mesti psm mempunyai peluang, cuma aku tak faham kenapa kolid samad yang bersama sama psm melarang pulak kali ini apakah kerana sebab melibatkan tuhanayah dalam pkr. geng kolid samad.

tok guru fadzil nor disamakan dengan nuar brahim pulak sekarang. dari hilang kredibiliti. apakah tok guru pergi tolong nuar brahim sebab nak bertanding di dun sungai limau ke? tolonglah jangan jadi bangang sangat nak samakan apa yang tok guru fadzil nor buat dengan nuar berahim buat. taktikal amat berlainan, tok guru menghulur tangan memberi bantuan bukan sebab nak bertanding DUN tapi sifat baik hati yang ada dalam hati perjuang islam yang tidak simpan dendam apa yang pernah nuar berahim buat kepada pas semasa berkuasa dulu. jangan lupa sindiran nuar berahim kepada parti pas semasa dalam parlimen dulu, apakah ahli pas mudah lupa sebagaimana orang nyanyuk.

apakah kerja kerja bangang akan berlaku lagi sebagaimana kerajaaan 16 september dulu yang mana tajuk lawak sebagaimana biasa. kerajaan 16 september yang penuh sarat dengan pendatang tanpa izin yang akan masuk ke dalam parti pemerintahan yang baru, pemerintahan yang akan mempunyai masa sependek kitaran lalat hidup. bacaan taktikal yang dikatakan sebenarnya tidak wujud dan hanya khayalan seperti mana tok dalang bercerita mengerakkan wayang kulit di layar putih dimalam hari. semuanya akan tamat bila lampu belakang pentas dipadamkan, semua gelap hitam tanpa apa lagi wayang didepan layar itu. penonton yang bertepuk sorak akan kembali kerumah meneruskan hidup dengan azab sengsara yang makin menggila.

Ulasan