BITCOIN matawang talian - matawang baru

BITCOIN MATAWANG MAYA

 
Mata wang maya, Bitcoin menjadi kaedah pembelian dalam talian yang sedang berkembang dan kini ia boleh digunakan untuk pembelian pelbagai produk di kaunter. 
Daripada kedai album berpangkalan di Berlin, Long Player hinggalah ke Flower Lab, kedai bunga di Santa Monica, California, kini lebih banyak peniaga menerima Bitcoin sekali gus meningkatkan nilainya. 

Bulan lalu, jumlah perniagaan dalam CoinMap, laman web yang menunjukkan syarikat dan vendor yang menerima Bitcoin meningkat tiga kali ganda kepada lebih 2,000. 
 


“Pelanggan datang kepada kami daripada pelusuk dunia kerana kami menerima Bitcoin,” Vesna Sic, pemilik bersama rumah tumpangan, Lekkerurlaub di Berlin dalam satu temubual. 
Ada seorang lelaki dari Texas yang mengetahui cara membelanjakan Bitcoin, jadi dia datang ke Berlin seminggu untuk berbelanja,” katanya. 

Kira-kira 12.2 juta Bitcoin terdapat di pasaran, demikian menurut Bitcoincharts. 
Walaupun pembayaran dalam talian adalah untuk pelbagai perkara daripada yuran tuisyen universiti hingga beruang mainan bukanlah sesuatu kebiasaan, namun urus niaga di kebanyakan kaunter mulai menjadi popular. 


Kini mata wang maya boleh digunakan untuk membeli minyak zaitun di Sepanyol atau membeli vodka di Moscow sebagaimana cara pelanggan membelanjakan mata wang digital. 

“Peti masuk kami mendapat sambutan hangat sejak dua bulan lalu dengan lebih banyak vendor berkata mereka kini menerima Bitcoin,” kata Jeremy Bonney, pengurus projek di CoinDesk, laman web yang menguruskan mata wang maya. 
Bitcoin wujud sebagai perisian dan ia tidak dikawal oleh mana-mana kerajaan atau bank pusat. 

Mata wang itu muncul pada 2008 selepas ia dicadangkan oleh seorang pengaturacara atau kumpulan yang tidak diketahui identiti mereka. 


Walaupun banyak syarikat mencetak Bitcoin dengan kod boleh diimbas untuk menghubungkannya kepada versi digital, ia jarang digunakan kerana menelan kos ratusan dolar seunit. 

Pada 27 Disember, harga Bitcoin mencecah AS$742 (RM2,443), menurut indeks harga CoinDesk Bitcoin. 

Terdapat 26 peniaga fizikal di London yang menerima Bitcoin dan kira-kira 160 di Britain, menurut CoinMap. 

Sekatan kerajaan dan perbankan mengehadkan peniaga di United Kingdom menggunakan Bitcoin pada skala besar, kata Chris Skinner, pengarah di Financial Services Club dan ketua Balatro Ltd, firma penyelidikan di London. 

Walaupun terdapat beberapa batasan untuk pembelian dan penjualan individu, pemberi pinjaman mungkin menutup perniagaan yang menguruskan kebanyakan urus niaga menggunakan mata wang elektronik. 

“Bank melaksanakan peraturan kerana bimbang kepada pengubahan wang haram dan Bitcoin termasuk dalam peraturan kerajaan kerana bimbang dengan isu mengelak cukai dan berpotensi kepada pembiayaan kepada pengganas dan urus niaga dadah,” kata Skinner. 

Pihak berkuasa Bank Eropah mempertimbang sama ada untuk mengawal mata wang, di mana keputusan itu akan menyebabkan peningkatan atau menjejaskan penggunaan berskala besar oleh peniaga. 

Pengawal selia bank pada 13 Disember lalu memberi amaran bahawa pengguna berdepan dengan risiko kecurian dan kurangnya perlindungan daripada kerugian jika pertukaran mata itu tidak berjaya. 

Nilai Bitcoin diketahui rugi atau meningkat lebih daripada suku nilainya sehari. Keputusan bank pusat China untuk menghalang institusi kewangan daripada mengendalikan urus niaga menggunakan mata wang itu awal bulan lalu menjejaskan nilainya

Ulasan