kerja senang

bila berlaku kes bunuh orang ke mengamuk ke, semua ditunding kepada pesakit mental, hisap dadah, ajaran sesat, akhirnya tertuduh dilepaskan, begitu mudah menjadi pembunuh sekarang, yaang terbaru bunuh orang macam sembelih ayam, datang rodok lepas tu ucap perkataan perkataan yang boleh menyebabkan motif sebenar tak perlu dicari, suspek ditahan dan diletakkan bawah pengawasan doctor atau juga disahkan mengalami sakit mental. pesalah seolah boleh melakukan dengan mudah saja, cari je motif sakit mental, tuntutan terdesak, semua itu dijadikan alasan begitu mudah untuk terlepas dari hukuman.

begitu mudah dimalaysia, tetak tikam tembak belasah lepas tu suspek dikatakan sakit mental, pesalah ketawa terbahak bahak, satu masa mungkin akan dilepaskan selepas dikatakan pulih dari sakit mental, atau sudah pulih dari pengaruh dadah, keluarga yg mati menanggung azab sengsara yang tiada kesudahan, merompak membunuh sebab gaji rendah, alasan sinikal yang selalu digunakan untuk menghalalkan rompakan dan membunuh, semua ni mencelakakan rakyat malaysia. yg pencen perisik duk ulas kehebatan kononnya pernah bekerja ada sms lah tapi kerja tak pernah buat pun, selama berbelas tahun kerja risik apa jasa yang dibalas pada rakyat yang paling aku nampak makan gaji dengan mudah, itu ajelah. yg pencen cikgu pulak masih mengganggap orang lain semua tak bijak.

pesalah kena dihadapkan dulu ke mahkamah, hukuman perlu dijatuhkan dulu untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain, ini tidak sebelum apa apa dah akhbar dah istihar pesalah adalah pesakit mental, haramjadah punya kenyataan, pesalah rilex je bunuh orang tikam orang sebab dah ada yang akan tolong istihar keadaan mereka. begitu mudah pembunuh dilepaskan dimalaysia. sebagaimana sekarang, tembak kelar tikam terajang hatuk semua diselesaikan dengan menggandaikan pesalah adalah pesakit mental, pengikut ajaran sesat.

Ulasan