malam terakhir sebelum pertempuran terakhir

penamaan calonn
berguni berkarung wang sudah sampai ke peti peti pos, semakin banyak menjelang tengah malam. suasana begitu meriah lebih meriah daripada hari raya, kalau hari raya budak kecik je dapat duit, tapi bila pilihanraya semua dapat duit, gila babi punya bahagi duit sampaikan yang tua bangka pun dapat duit raya. kegiatan membeli undi semakin hebat diakhir malam ini. upacara mandi duit akan dilakukan pada awal sahur dan subuh. dimana mana boleh berkempen sampaikan dalam masjid surau semua boleh dilakukan asalkan umno saja yang buat kalau orang lain buat mesti tak boleh. umno bebas melakukan apa saja demi kemenangan.

esok pagi motor kelaut tidak akan kelaut kerana hasil tangkapan tidak semewah mendapat habuan daripada umno. suasana bising dipagi kuala besut tidak akan berkumandang subuh esok kerana semua sudah gembira dengan apa yang diperolehi pada malam ini. samseng umno berkeliaran menjaga kawasan dan memusnahkan lawan. umno sudah tidak perlu segan kepada sprm lagi kepada spr kerana itu member kawan kamceng mereka. yang pasti che long akan berhadapan dengan  masalah esok. apa yang sudah berlaku akan menerima bencana. apakah yang berlaku disebalik minyak percuma. apakah direstui oleh pengarah prk kuala besut atau apakah strategi disebalik semua itu, aku tidak dapat mengagak dengan tepat. jangan terlalu cepat membuat penilai dan andaian. cuma yang karut marut saja akan memastikan apa berlaku bukan seperti mana yang berlaku.

suasana malam esok akan berubah tidak akan sama lagi sepertti malam ini, dan kuala besut akan mula sunyi mulai malam esok. suasana akan berubah kembali kepada asal, mak ayah ku zai akan kembali ke kemaman, ku zai akan kembali ke putrajaya kerana ia tidak mempunyai apa apa di kuala besut, kekuatan mak ayah yang berkempen sampai hampir pengsan memastikan anak dia akan menang esok hari. dan jika menang yang pasti laba akan dapat beratus kali ganda apa yang mereka laburkan. kroni kroni sudah berkira kira sebanyak mana yang akan mereka perolehi jika umno menang esok. berapa banyak wang rakyat akan mereka lapah demi tembolok mereka. upacara MANDI tolak bala sudah bermula.

kuala besut tidak menjanjikan mimpi indah buat pembangkang, deris jusoh sudah  menilai membeli dan membuat apa saja. deris jusoh seorang daripada war room najid yang sudah mendapat laba hasil kerja keras selama ini. banyak projek sudah masuk ke poket kroni. deris jusoh akan mula berbelanja mewah untuk memastikan poket kroni akan kembali kembung. banyak sudah kroni melabur dan perlukan bayaran kembali. projek projek yang tidak perlu akan menghiasai dataran besut. deris kembali beraja dibesut meninggalkan jauh mat said yang terus bengong menguruskan zoo.

Ulasan