Percaturan UMNO bahagian

kedai kopi tempat percaturan politik yang hebat. mimpi mimpi indah bermula dikedai kopi. politik kedai kopi relevan sepanjang masa. pemimpin umno mula mencongak. kuala nerus nasir berahim fikri anak bekas mb ganu ditonjolkan mempunyai hubungan baik dengan istana. usaha usaha menjadikn nasir berahim mb terengganu sudah lama bermula sejak zaman kejatuhan deris natang lagi. beeberapa blog cuba menaikkan nama nasir dan didapati adalah kroni nasir untuk mengaut keuntungan poket poket kroni yang rabak. setelah nasir berahim lari ke peringkat pusat dikatakan  akan dilantik menjadi menteri sampai sekarang tak menjadi kenyataan.

ku tera di hulu terengganu juga dikatakan mempunyai salah silah yang baik untuk menjawab jawatan mb terengganu selepas disingkir oleh deris natang. percaturan ku tera yang sekarang menjadi speaker dewan untuk kembali ke arena politik sedang giat dilakukan. umno hulu terengganu sedang berusaha menyingkir pengaruh deris di hulu dengan menggugurkan rosol yang tidak bercakap dalam dewan sejak kejadian menaikkan sepanduk natang. ku tera membina kembali kem dia yang rosak teruk selepas disepak keluar dari menjadi timbalan menteri kewangan kerana boros lebih dari boss.

dikemaman pula ada lagi seekor bekas pemimpin semangat 46 yang menjawat jawatan menteri diperingkat pusat. hubungan baik dengan istana juga dikatakan direstui oleh pihak istana untuk bertanding di peringkat dun. usaha usaha menjatuhkan mat said semakin terang dan nyata. usaha usaha mensabotaj mb ganu yang bangang ini terus berlaku didepan mata mat said. mat said dikatakan gagal dalam proses pemutihan disprm walaupun bersih sehingga menciutkan. skandal pasir menjadi titik hitam di muka mat said. projek zoo begitu sinonim dengan mat said yang akan menjadi fosil tidak lama lagi.

di marang, dynasty teh bermula dan sudah berakhir, yahya khatib cuba menghapuskan saki baki pengaruh dynasty teh. dynasty teh yang menggadaikan seluruh sekolah agama terengganu kepada pusat menjadi penyebab kejatuhan dynasty teh. cita cita dynasty teh untuk menjadi mb terengganu dan dikatakn juga direstui oleh pihak istana akhirnya berkubur kerana tidak dipilih menjadi calon dalam pru yang ke 12, tindakan licik deris natang begitu hebat tanpa dapat dikesan oleh dynasty teh. begitu mudah dia menggadai sekolah agama terengganu kepada pusat begitu juga kejatuhan dia dalam politik semudah sekelip mata. dynasty yeh cuba kembali disaat ini.

dibesut, maharaja yeh sedang cuba melobi kembali untuk dilantik menjadi mb ganu selepas disepak oleh pihak istana kerana kebangangan yeh. yeh yang dikatakan hebat akhirnya akur dengan kekebalan istana dalam kuasa. yeh jadi sang kelembai dalam sidang dewan undangan negeri sepanjang penggal ini. yeh hadir dan tidak hadir sama saja tiada soalan dan seolah menjadi bisu. tapi pengaruh yeh di peringkat pusat masih ada, samada di pilih menjadi calon adun atau calon parlimen masih ada lagi. yeh masih ada kuku diperingkat pusat, pangkat yeh yang menjadi pengarah pilihanraya umno malaysia memungkinkan dia masih boleh dipilih menjadi calon dun atau parlimen. impian yeh untuk kembali menjadi mb semakin gelap atau akan bergelar menteri kabinet mungkin tak lama kerana sifat gedebenya. pernah menjadi timb, menteri tapi tak lama digugurkan kerana kebangangan dia.

percaturan di kuala terengganu juga hebat,  begitu juga di dungun dan setiu. semua tempat parlimen terengganu sedang hebat melobi menjadi calon, siapa dipilih menjadi calon dun atau mp akan berjaya membina harta kekayaan sekelip mata. yang menang akan boleh memilih untuk terus tidur atas karung emas atau yang kalah akan jual segala harta benda termasuk selipar jepun. kontraktor semakin pening semakin lama tidak diadakan pilihanraya semakin banyak wang mengalir. keadaan semakin tidak terkawal kerana wang pilihanrya sudah lebur lebih awal dari persiapan.

Ulasan