PAS Terengganu rancang 17ribu


PAS Terengganu hari ini mengemukakan manifesto 10 perkara untuk dilaksanakan termasuk menghasilkan 17,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu.Ia dibentangkan dalam seminar manifesto PAS Terengganu yang turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Anggota Parlimen Marang.Hampir 1,000 pemimpin PAS seluruh Terengganu menyertai seminar yang diadakan di Dewan Tok Guru, dekat Masjid Rusila hari ini.

"Dengan segala perancangan yang kita buat jika kita memerintah nanti, saya yakin kita berjaya menyediakan 17,000 peluang pekerjaan itu," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Abdul Razak (gambar atas).Antara perkara yang dirancangkan di Terengganu, katanya, adalah membina lebuhraya persisiran pantai Terengganu dari Kemaman sehinggalah ke Besut.

Di samping mempercepatkan perjalanan dan mobiliti barangan, ia juga bertujuan meningkatkan industri agro tourism Terengganu melalui barangan kraf tempatan.Ia boleh dilakukan dengan syarat royalti petroleum diberikan semula kepada kerajaan negeri."Saya yakin projek ini akan memberikan sekurang-kurangnya 2,000 peluang pekerjaaan," katanya ketika menjelaskan rancangan untuk menghasilkan 17,000 peluang pekerjaan itu.

Di sepanjang lebuhraya ini, katanya, kerajaan negeri akan membina lima pusat Rehat dan Rawat konsep baru iaitu R & R Tourism.Pusat-pusat ini akan lengkap dengan segala kemudahan R & R biasa dan akan dijadikan pusat hentian pelancongan yang lengkap dengan hotel dan sebagainya."Kita yakin, ia bakal menjadi tarikan perlancungan yang baru di sepanjang pantai Terengganu ini. Kami jangkakan kita akan hasilnya 2,000 lagi peluang pekerjaaan di sini," kata Dr Alias.Dr Alias juga mengumumkan rancangan untuk menjadikan Pulau Duyong sebagai bandar baru perkapalan antarabangsa sesuai dengan industri pembinaan kapal dan perlabuhan di kawasan itu.

Beliau jangka, jika ia berjalan dengan baik 5,000 peluang pekerjaan akan dihasilkan melalui bandar baru perkapalan ini.Di Kemaman dan Dungun pula kerajaan negeri berazam untuk menjadikan pusat penapisan minyak yang selama ini hilang ekoran tindakan membawa lari minyak yang didaratkan di Kemaman ke Melaka.Beliau menjangka, 2,000 peluang pekerjaan akan dhasilkan di sini.Di Besut, kata Dr Razak, sebuah universiti berasaskan Islam akan dibina."Kita sudah ada tapaknya di sana dan jika ia terlaksana nanti, 1,500 peluang pekerjaan akan dihasilkan di sini," katanya.

Dr Alias juga berkata, kerajaan negeri juga akan bercadang membina 10 pusat latihan perindustrian untuk rakyat negeri ini yang bakal membuka peluang pekerjaan kepada 1500 rakyat.Bagi meningkat industri pertanian, katanya, kerajaan negeri akan membina kilang baja berasaskan IKS di negeri ini. Ia bertujuan untuk menghasilkan baja bermutu dengan subsidi diberikan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pertanian sebagaimana yang dilaksanakan oleh negara Jepun."Kita jangka akan menghasilkan 1500 peluang pekerjaan di sini," katanya.Beliau juga memberitahu, pembukaan Taman Tema Laut juga dirancang di negeri ini selaras dengan pantainya yang indah dan cantik.Ia bakal menjadi pusat tarikan pelancongan baru di Terengganu dan bakal memberikan peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu, katanya.Kesemua projek ini akan meningkatkan GDP dan indeks jangka hayat rakyat negeri ini yang sudah tentu memberikan keuntungan kepada rakyat, katanya.

Ulasan

Catat Ulasan