calon calon adun dan mp pakatan rakyat

pilihanraya umum ke 13 semakin hampir, calon calon adun dan mp pakatan rakyat belum lagi dimuktamadkan, ada lagi pertikaian yang belum selesai, wajah wajah pemimpin yang akan menggalas amanah yang diberikan belum berani dikeluarkan oleh pakatan rakyat, sejauh mana pakatan rakyat bersedia untuk melawan barisan nasional nampaknya semakin sejuk beku.

panas selepas hkl112 tapi sekarang semakin sejuk walaupun perang tabuk semakin dekat. pakatan rakyat tidak seagresif sebagaimana dulu, apakah ini yang dinantikan oleh umno, rakyat semakin sepi dan semakin bosan menunggu pru yang tidak ada kesampaian lagi, najid terus menggila dengan pelbagai perkataan yang memualkan.

bantuan brim ke spring telah mula dihantar kembali, apakah ini akan berjaya memusingkan otak dan minda rakyat malaysia untuk mengesahkan sekali lagi umno memerintah putrajaya. suasana nampak sejuk dan tidak panas walaupun dikatakan panas, pakatan rakyat semakin sejuk dan beku, jentera makin longgar disana sini,  keletihan mula terasa kerana gear lima sudah lama di gunakan.

ekonomi terus maut merundum, iklim pelaburan terus mendung walaupun mat said bengong meramalkan 4billion akan masuk ke negeri terengganu hasil sektor pelancongan. kira kira matematik secara gila oleh mat said. setiap manusia yang datang ke terengganu akan berbelanja sebanyak rm2k seorang. inilah padahnya mb yang gila membaiki zoo dari membaiki hidup rakyat terengganu.

dengan keadaan berbaki tak sampai 3 bulan pru akan berlangsung, muka tokoh yang akan mewakili kerajaan baru belum nampak bayang, aku sendiri tak nampak apakah ketakutan untuk mengumumkan senarai calon untuk menentang barisan nasional. proses pengundi mengenal pemimpin mereka bukan semudah makan abc bukan semudah bertegur sapa. jangan jadi tahun sebelum nya calon wakil rakyat orang ingatkan penampal poster parti macam aku.

Ulasan