artikel menyakit hati - syria tak tumbang tumbang

sokongan kuat kpd assad - kita dimana???
mengapa regim assad masih belum tumbang menyembah bumi, apakah kehebatan assad dalam memerintah, atau ketenteraan yang ada masih lagi setia pada assad atau ada side kick yang tersembunyi mempertahankan syria dari tumbang ke bumi. pemerintahan yang paling lama bertahan dari pemberontakan. assad tetap kukuh walaupun dikatakan dibedil setiap hari.

assad dikatakan syiah dan iran mempertahankan assad sebab ia sama fahaman, assad lebih hebat dari syiah dan lagak dia sama seperti hitler dari sejarah lampau. iran akan mempertahankan assad dari serangan mana mana jikalau assad tumbang syiah di syria juga turut tumbang.

iran memberi bantuan dari semua segi kepada syria menyebabkan regim assad terus berkuasa walauapun pemberontak membedil kedudukan assad. pertelingkahan ini sukar dihuraikan kerana assad ada sidekick. iran adalah sidekick yang utama.

sidekick kedua yang hebat adalah hassan nasrallah, yang berpengkalan di syria. syria memberikan kekuatan dan segala bantuan kepada hezbollah lubnan. jadi apakah hassan nasrollah akan membiarkan saja regim assad tumbang setelah mengenang jasa assad kepada perjuangan hizbollah  lubnan.

hizbullah lubnan amat amat terhutang budi kepada regim assad. kalau kita terhutang budi apakah kita sanggup membiarkan orang yang berbudi ini tewas. segala kekuatan hizbullah akan tumbang jika regim assad tumbang. pengkalan hizbullah akan hancur jika regim assad tumbang. apakah hassan nasrullah akan biarkan ini terjadi? sudah pasti tidak.

inilah persimpangan yang ada di syria, hizbullah terpaksa bergantung harap dengan regim assad untuk berhadapan dengan israel zionis celaka, didalam keadaan yang sama regim assad amat celaka kepada rakyatnya. bukan hassan nasrullah tidak mengerti dan tidak faham.

sidekick ketiga adalah rusia yang mana assad adalah sosialis, rusia pasti mahu ada satu negara yang menjadi sekutu mereka selepas banyak regim yang tumbang telah mula beralih arah. sokongan rusia, iran dan hisbullah menyebabkan regim assad sukar ditumbang sebagaimana regim regim yang lain.

jika kita berada disana apakah tindakan kita? berpihak pada regim assad yang membantu hizbullah lubnan atau meruntuhkan regim assad. jika regim assad runtuh bermakna hizbullah lubnan yang hidup mempertahankan umat islam lubnan juga akan tumbang. kerana hizbullah tiada lagi pengkalan untuk melancarkan serangan kepada yahudi laknatullah. nak harap negara islam lain payah lah hizbullah nak hadap israel. inillah dilemma ada disyria. disini apa pendirian KITA?

Ulasan