terperangkap dengan permainan umno

aku terlewat membaca ulasan stopa ali yg pernah bersms dgn tulangbesi. stopa ali sebagai setiausaha agung terus menambah konflik dalaman pas. sepatutnya SU tak perlu melatah sedemikian rupa. apakah dengan pertanyaaan beliau mengesahkan hassan ali dan nasharudin terbabit dalam agenda menyertai umno. nasharuddin telah mengesahkan bahawa tak ada niat untuk menyertai umno walaupun sebesar zarah. apakah agenda stopa ali walaupun orang cakap stopa ali hebat dalam berpolitik tapi dia tetap bangang. kalau sudah tahu hassan ali dan nasharudin terperangkap dalam permainan umno kenapa sebagai pemimpin tak menarik kembali mereka dan betulkan jika mereka salah. apakah suka sangat tengok sesama jemaaah terperangkap dengan permainan umno dan memberikan imej yg buruk kepada mereka. sekadar gelak ketawa memberikan kenyataan bagaikan mengesahkan apa yang berlaku. walaupun apa yg stopa ali tau apakah stopa ali tak reti dengan adab dalam jemaaah. boleh selak kain sebagaimana umno selak kain.

apa jua permainan politik sepatutnya pas lebih bijak menangani permainan politik ini. orang kata aku penyokong hassan ali dan nasharudin, aku mempertahankan hassan ali dan nasharudin kerana kebodohan pemimpin pas di selangor. di hari kemenangan pakatan pembangkang di selangor usaha usaha berterusan membunuh nasharudin dan hassan ali. dimanakah sifat setia kawan yg kita duk laungkan. apakah kita sanggup membiarkan rakan kita dibunuh kerana kebodohan kita. diseret masuk umno kerana kejahatan mulut sesama sendiri. inikah yang dimahukan dalam islam. apakah ini perjuangan baru dalam pas. melondehkan sesama sendiri dan gelak beramai ramai. sepatutnya stopa ali mendamaikan bukan mengeruhkan suasana. jadi org bijak bukan bangang.

apakah dengan mengatakan hassan ali dan nasharudin tak hadir mesyuarat dapat menaikkan populariti stopa ali selepas dikecam hebat oleh puak puak bangang selama ini. apakah tulangbesi akan menaikkan kembali nama stopa ali. apakah puak reform yg bangang berdiri dibelakang stopa ali. dan sebab mahukan sokongan dari puak reform bangang stopa ali memalukan diri sendiri. apakah stopa ali begitu bodoh dan jatuh juga dalam permainan umno dan kumpulan reform yang bangang. kehadiran dalam mesyuarat selepas kalah adalah perkara remeh. mereka tak hadir mesyuarat bukan kerana mereka ingin menjauhkan diri dari jemaah. mereka memberi peluang kepada pemimpin baru membuka idea baru. strategi baru yg lebih hebat dan ampuh. dengan sokongan kumpulan baru pas boleh bergerak laju dari biasa walaupun bangang dari biasa. bila mereka tak hadir mesyuarat djadikan isu untuk membelasah mereka. apakah ini kecerdikan dalam berpolitik. betapa bodoh dan bangang kenyataan ini walaupun kumpulan reform bangang suka dengan keadaan ini.

bagi aku suasana selepas muktamar beberapa puluh tahun dulu adalah sama. siapa yang kalah mula mengundur diri memberi peluang kepada yang menang untuk menyusun strategi dan pelan. apakah stopa ali terlalu bodoh memahami kenyataan ini. suasana ini tetap sama dimana mana jua. apakah yg kalah masih duk menyibuk untuk memberikan idea. dimana stopa ali belajar politik bangang ini. stopa ali nak jadi macam mahathir ke yang selalu menyibuk pentadbiran walaupun dah meletakkan jawatan. kalau mereka masih lagi dengan status lama orang akan cakap mereka gila kuasa. jadi apakah salah mereka kalau mempertahankan diri kalau rakan sendiri dah menyerang bagai lembu gila.

Ulasan