semudah itu

setelah menikam mencederakan sesama sendiri, semua seperti tiada apa apa yang berlaku. apakah tiada kesan diperingkat bawahan, ahli atau pengundi kesan pengeseran ini. semua nampak macam mudah. semua ambil mudah dengan pengeseran bodoh dan bangang ini. setelah tuduh menuduh, panggil untuk mesyuarat lepas tu buat kenyataan semua sudah selesai. apakah boleh diselesaikan semudah itu. selepas ini mana mana ahli atau pemimpin pas boleh mengkhianat kepada jemaah dengan semudah itu. panggil bincang dan penjelasan adalah wartawan salah memberi laporan. pecah amanah khianat kepada amanah parti boleh ke di maaf semudah itu. apakah ahli pas diperingkat bawahan berlapang dada melihat kebodohan dan kebangangan pemimpin peringkat atasan melepas diri dari pecah amanah yang mereka buat. kalau lah inilah permainannya bermakna sesiapa saja boleh melakukan kesalahan kerana semudah itu saja siasatan dibuat. panggil beri keterangan dan terlepas dari hukuman.

sesiapa pun saamada hassan ali, saari sungib khalid samad stopa ali atau mahfuz sekalipun perlu berdepan dengan amanah yang mereka junjung. kalau sudah tidak mahu menjunjung amanah bermakna mereka bolehlah berundur dari memimpin jemaah. mereka ini merosakkan pas dengan membuat kenyataan bodoh dan bangang. kekeruhan mudah dilakukan tetapi kejernihan susah nak dibuat. sekali tersilap membawa padah kepada jemaah parti. setelah melondehkan segala amanah parti mereka dengan mudah melepaskan diri. tiada tindakan yang dikenakan kepada mereka. apakah ini dinama kompromi. sama sama silap ke? atau memang masing masing mempunyai agenda yang tersendiri. fokus yang ada diselewengkan mengikut naluri masing masing. pendedahan demi pendedahan yang dibuat kepada umum mendedahkan parti kepada serangan yang lain.

walaupun dikatakan ribut dalam cawan namun air yang tumpah dari kocakan tetap tumpah dan meninggalkan kesan kepada parti dan jemaah islam. kesan air akan selama lamanya akan terus terkesan. sikap ambil mudah pas kepada kesalahan pemimpin akan membawa keburukan yang berpanjangan kepada jemaah islam. aku tidak nampak bagaimana kesalahan ini diambil mudah oleh peringkat pengurusan tertinggi. jika terdapat salah laku mengkhianati jemaah apakah mudah dimaafkan. jika semudah itu bermakna pas akan berhadapan dengan masalah salah laku dan mengkhianti amanah parti. dan ini lah masa yang ditunggu oleh musuh musuh pas. pas benteng terakhir untuk islam dimalaysia. jika ini tidak dibendung bermakna kerosakan akan terus berlaku.

Ulasan

  1. Akupun bukan nak bela hassan ali. Aku pun pernah problem dengan dia. Tapi, isu sekarang ialah:

    1. Kalau dia nak keluar, biar dia keluar dengan baik. Dalilnya, hukum perceraian, cerai dengan baik. Hukum orang islam nak keluar Islam, atas kita wajib minta dia istitabah (bertaubat dan enggage dgn cara terbaik) dan lain-lain hukum.

    2. Kalau dia nak stay dalam PAS, biarkan dia stay. Dia tak boleh effect parti coz dia dah tak ada jawatan apa-apa.

    3. Bila orang kata dia nak masuk umno, isunya apa bukti? Jika buktinya sebab dia berbincang dengan UMNO, habis orang lain yang bukan PJ, bukan AJK PAS pusat bincang tak timbul isu? Eg: Saari Sughaib bincang dengan UMNO, sertai mesyuarat sulit geng PKR jatuhkan AZMIN dan lain-lain. Isu Hussam jumpa Tg Razaleigh tanpa pengetuan Presiden, PJ Kelantan, apasal tak timbul isu?

    4. Bila tak ada asas tuduhan-tuduhan itu, jad isu penting ialah, kenapa dia nak halau Hassan Ali dan Us Nasha?

    5. Aku punya tujuan bukan nak bela Hassan Ali atau Ustaz Nasha, tapi aku punya tujuan kenapa Harakah memainkan peranan memutarbelitkan fakta, melaporkan perkara palsu, then berperanan di dalam memanaskan keadaan dengan kartun, dan lain-lain.

    Itu yang aku nak dedah semua benda ni. Isunya ialah Parasit kat dalam tu.

    Ikutilah blog:
    http://selamatkan-pas.blogspot.com/

    AKu nak dedah satu demi satu dokumen dan bukti2 tentang percaturan dalaman diorang.

    BalasPadam
  2. tq bro. dedahkan semua. aku dah mula bosan skrg

    BalasPadam

Catat Ulasan