pas perlu looking forward

apakah pas sekarang takut untuk mengalami kekalahan. setelah berpuluh puluh tahun berjuang tanpa erti penat takut dan berkeluh kesah. mengapa dizaman moden ini pas perlu kembali menilai erti perjuangan. pasang surut dalam perjuangan islam sepatutnya tidak timbul. perjuangan menengakkan hukum islam negara islam apa saja demi survival rakyat islam perlu diteruskan. pas punya segalanya. ramai pemimpin penyokong yang ada sanggup buat apa saja demi islam tercinta. pas perlu jati diri sebagai mana hari hari yang berlalu. pas tak perlu sangat berubah demi memenuhi citarasa sesetengah pendapat yang mahu pas berubah. pas tidak ada tidak diwujudkan atas semangat individu. semangat islam yang diterapkan oleh pas kepada penyokongnya hendaklah terus menerus ke akar umbi. bukannya sekadar slogan yang boleh berubah rubah mengikut waktu dan arus perdana.

pas pernah bersendirian, pernah dikhianati, pernah goyah, pernah segalanya. mengapa pas perlu takut dengan keadaan yang ada. pemimpin datang dan pergi. ada yang kekal sampai ajal menjemput ada yang tumbang akibat permainan politik diri sendiri. ada yang terkhilaf dengan permainan dunia. ada yang tumbang kerana desakan dalaman. sepak terajang sudah masak bersama pas. bukan mudah untuk memenuhi semua nafsu manusia yang terdapat dalam ahli pas. yang menyatukan kita adalah iman dan islam. disitu titik yang menyatukan dari semenajung ke sabah dan sarawak. pas bukan hidup berpuak puak. puak badwi puak liberal perlu bersatu diatas kalimah tauhid. walaupun apa gelaran yang diberikan sepatutnya pemimpin pas penyokong pas ahli pas bersatu untuk membela bukan membunuh sebagaimana sekarang. sahabat terkepung bukan ditambah kepungan. islam tak ajar kita membunuh sesama sendiri. mengkritik dibenarkan tapi kalau mengfitnah sesama sendiri apakah dibenarkan dalam islam. sampai hari ini masih belum terdapat bukti sahih tuduhan sesama sendiri. apakah pas nk jadi umno jugak.

masa sudah tiada lagi. pru 13 sudah hampir. apakah dalam pas sekarang dah berebut nak jadi pemimpin nak jadi calon. apakah amanah bukan lagi satu benda yang menakutkan kepada pemimpin, apakah amanah membolehkan mereka menjadi kaya raya. apakah amanah bukan tiket lagi ke neraka. apakah semua ini tak lagi menjadi persoalan. amanah bukan sebarang benda yang boleh di main setiap hari. amanah sudah menjadi barang dagangan. menjadi calon dalam pas sudah menjadi agenda masing masing. yang perlu dibunuh perlu dibunuh asal boleh menjadi calon. apakah dengan kemenangan yang sedikit menghanyutkan nafsu pemimpin untuk menjadi qorun yang baru. sudah mendapat title semua sudah tidak penting lagi. perjuangan sudah dilupakan.

Ulasan

  1. Salam. Tu yang saya kata, PASkah yang takut kalah atau sebenarnya Parasit dalam PAS yang takut sebut islam coz takut kalah. Beza tu.
    http://selamatkan-pas.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. pas skrg dah jadi penakut sebab ada yg menakut nakut dri dalam. semoga allah melindungi parti islam.

    BalasPadam

Catat Ulasan