pahit getir pru13

pahit getir pru13 sudah bermula. umno sudah goyang loceng untuk memecut. muyidin dah baca kita wasatiyah jihad dan sebagainya. umno nampaknya bersungguh untuk menang kali ini walaupun peramal peramal mengatakan ia adalah pilihanraya umum paling getir untuk umno. aku tidak nampak di mana getirnya umno dalam menghadapi pembangkang di malaysia. umno boleh menang disaat akhir. pelbagai tektik dan strategi boleh digunakan disaat akhir yang mampu memenangkan umno. pihak pembangkang hanya sibuk duk ulas sedih kecewa pemimpin pembangkang lari dari sidang. duk leka dengan permainan umno. duk kutuk sana sini duk langgar benda benda yang tidak memberi faedah kepada pembangkang. kerja kerja politik tak ada yang peduli yang ada hanya mengutuk mengfitnah dan mengemukakan idea idea mengaruk seperti kumpulan reform. bagi mereka orang lain selain mereka tidak semaksum mereka. mereka yang hebat bergeliga pandai dan nampak masa depan bukan pemimpin pembangkang.

umno sudah bersiap sedia dengan pelbagai helah tektik dan strategi dalam menghadapi pembangkang yang serba kalut. yang serba loyar buruk. yang sibuk dengan idea idea bangang. yang pandai menuduh siang malam. semua pemimpin pembangkang tak betul. tak ada pemimpin pun boleh berjuang.  pemimpin pembangkang penat letih dan habis tenaga melayan karenah karenah orang yang dikatakan penyokong rakyat. benda benda remeh di angkat naik menjadi benda yang sangat mustahak. pemimpin keluar dewan membantah dijadikan isu malas hadir sidang. takut rakyat tahu. tak ada pemimpin gelombang rakyat akan naik menjadi tsunami. siang malam pemimpin pembangkang duk kalut dengan penyokong yang bodoh sombong. semua orang tak kena. semua pemimpin tak betul tak buat kerja. akhirnya pemimpin pembangkang jadi tak siuman kerana terlampau melayan karenah penyokong. selagi tok guru tak tegur kira dalam sunnah lagi lah. hebat pandangan begini.

pilihanraya ke 13 akan dipenuhi dengan segala kezaliman dan keburukannya. pembangkang tak akan ada peluang untuk menang. segala mak nenek telah dibuat tanpa pembangkang sedari. mereka dah menghantar segala bala tentera ke dalam setiap agensi pembangkang. segala rahsia pembangkang dalam tangan mereka. usah bercakap pasal lembu ke pasal beruk ke semua tak menjadi kudis kepada mereka. tuntutan bersih akan dibersihkan dengan segera. ia akan menjadi kotor sekotornya. aliran pola pengundi sudah bergerak untuk menangkan umno. umno yakin dan pembangkang juga yakin akan menang. umno yakin mereka hebat dalam segala hal. kita akan tengok sejauh mana hebat pembangkang dan penyokong dan pemberi idea yg hebat. pemikir agung ada dalam pembangkang semua ada didalam cuma perlu adunan yg baik. tapi semua ini adalah tepung cepat naik dan cepat mampus. terlampau banyak sangat idea sampaikan pemimpin pembangkang dilimpahi dengan segala pandangan dan info yang aku kira sengaaja dibuat oleh umno utk menyibukkan pembangkang.

Ulasan