kecoh yg menyusahkan

pemimpin pas terus menyerang sesama sendiri, beginikah politik baru yg cuba diterapkan kedalam pas. apakah agenda membunuh sesama sendiri lebih penting dari memusnahkan umno. semakin lama berpolitik bukan semakin bijak tetapi semakin membodohkan diri sendiri. saling tuduh menuduh tanpa bukti yang nyata. berpandukan maklumat kabur menyerang sesama sendiri. media massa umno membuka ruang selebar seluasnya kepada pemimpin pas untuk menyerang sesama sendiri. apakah tiada lagi ruang berbincang , apakah sudah tertutup pintu usrah sesama sendiri sekarang. betapa bangangnya kenyataan yang dikemukakan untuk menyerang sesama sendiri. agenda musuh begitu jelas menghancurkan pas dengan sehancur hancurnya. menuduh orang lain terperangkap dengan permainan umno tetapi diri sendiri hanyut dalam arus kebodohan. perangkap samar yang dipasang oleh umno dan blogger bangang jelas dimata apakah susah sangat ke nak difahami oleh pemimpin pas.

mat sabu yang jarang terpeliot pun tergelincir kali ini dengan permainan umno. mahfuz pun tumpang sekaki memberikan kenyataan. walaupun saban ceramah dibuat agar menjauhkan wartawan media umno tetapi masih lagi menggunakan media umno untuk menyerang sesama sendiri. dimanakan wibawa mereka jika mereka sesama mereka menggunakan media umno menyerang sesama sendiri. tuduh menuduh londeh melondeh menggunakan media umno yang dibuka seluasnya oleh umno. susah sangat ke untuk memanggil mana mana pemimpin pas yang bangang untuk hadir bertanya sendiri. tak ada kesudahannya menuduh antara satu sama lain. perkara yang amat disukai oleh umno dan blogger reform bangang. inilah politik gaya bodoh yang disukai oleh golongan ini.

saari sungib dan khalid samad tak sepatutnya berdiam diri setelah mereka membakarnya. jangan sembunyikan diri kalu sudah melakukan kesalahan. jangan anggap mereka berkata benar walaupun mendedahkan amanah parti. walaupun mereka tak suka kepada hassan ali rahsia parti tak sepatutnya didedahkan kepada umum. kepada orang lain selain ahli pas. apakah mereka merasa mereka selamat atau akan menjadi calon lagi dimasa akan datang. apakah mereka berdua merasakan dengan sokongan blogger reform mereka akan menang lagi dikawasan masing masing. lihat diri sendiri jangan hanya pandai menuding jari kepada orang lain kerana benci. kerana termakan hasutan orang. kita sanggup membunuh sesama sendiri walaupun selama ini susah senang bersama. kerana dengki sanggup buat apa saja. berlainan pandangan tak semestinya orang itu akan masuk umno. pas ada saluran kenapa dua dua makhluk ini masih menggunakan media massa umno dan akhirnya menuduh orang lain menggunakan media umno.

Ulasan

  1. tepat sekali bro.. saari sungib dan khalid samad semacam je napok..

    BalasPadam
  2. wow! ramai penyokong dumbno jadi peminat geng perpaduang yg jelas mahu menghancurkan PAS dan islam.

    BalasPadam

Catat Ulasan