akhinya polis sahkan lembu tidak menyeleweng

pihak polis sebagaimana biasa dah mengesahkan bahawa tiada penyelewengan dalam kes makanan lembu, bela lembu, jual beli lembu. pkr yang mengemukakan pelbagai bukti kepada polis dan sprm akhirnya kes itu dihumban ke longkang. jadi apakah tindakan pembangkang. semua dah diputih bersihkan oleh polis. sharizat boleh tidur lena malam ni. tiada penyelewengan. umno menang sharizat putih bersih. ambik lak saksi dari langit ke aduan dari planet mana pun selagi umno berkuasa selagi itu menteri umno bersih begitu menciutkan. yg membawa isu pengsan berbuih buih. selagi lembu makan rumput selagi lembu makan padi selagi lembu boleh dicucuk hidung selagi itu tiada kes akan dibuat. berapa banyak masa dihabiskan melaungkan kes lembu akhirnya kes ditutup dengan mudah. polis dah sahkan sharizat bersih.

semua orang bercakap menghentam lembu. lembu kenyang tak ada apa apa yang kena. kecuali sharizat dah out dan jadi macam khir joyo barulah kes lembu akan dimuatnaik kembali menjadi bahan muat turun. selagi ada kuasa selagi itu boleh ejas kat mana mana. yang terpekik terlolong bagai disampuk polong akhirnya kehilangan suara.simple but nice diberikan oleh polis semperna persidangan umno sekarang. wasatiyah dan jihad muhyidin telah berjaya. mereka berjaya buktikan bahawa umno tetap hebat walaupun musuh bercakap mereka lemah. mereka masih berjaya mengawal semua dibawah satu jari telunjuk. petang ini sharizat akak gulung hujah dengan bergaya. lihat dunia bahawa aku tidak bersalah dengan lembu lembu feedlot ini. polis dah sahkan aku tak bersalah. memandai je pkr and the gang tuduh aku selewweng. lembu nak duduk gak kondo dan rasa kedinginan aircond. yang panas orang yang bawak isu. mungkin akan berhadapan dengan kes laporan fitnah atau palsu. bersiap sedialah mana mana orang yang vokal kes lembu.

Ulasan