PKR sokong Seksualiti???

Pkr belum mengumumkan pendirian rasmi mereka dalam isu isu ini. kalaulah pas tak buat kenyataan atas isu ini pasti ramai blogger yg akan menulis bermacam macam benda. mesti pemimpin pas tak peka tak pandai mengulas isu, tak kedepan dalam semua isu. kalau pkr buat tak buat kenyataan semua diam membisu. tak apa demi perpaduan. demi tahluf siasi. akhirnya tinggal gusi ajelah. penyokong pas diam macam kambing lepas hujan tak berani sentuh dap tak berani sentuh pkr demi tahaluf siasi. pkr bebas buat apa saja. boleh anjur parti apa pun atas nama kebebasan parti sosial dan ideologi. pas tak boleh sebab dia parti islam. parti islam kena banyak beralah kena banyak bersabar kena banyak memberi dari menerima. sebab parti islam perlu undi dari bukan islam. tanpa undi bukan islam pas tak akan menang. gadai apa saja termasuk maruah pun tak apa atas nama tahaluf siasi.

sampai bila pas nak menggadaikan prinsip demi strategi ini. penyokong pas diam je kalau pkr buat perangai. islam ajar kita jadi penakut ke atau sebab strategi kenalah berdiam diri. dulu pas terengganu cakap kalah kerana pengundi hantu semua hantam pas terengganu sebab bercakap tiada bukti. sekarang kalau pemimpin pakatan rakyat cakap pasal pengundi hantu semua setuju. sebab undi hantu pembangkang kalah. aku rasa pembangkang akan kalah teruk kali ini. tapi bukan sebab undi hantu tapi sebab penyokong pembangkang itu sendiri yg jadi hantu. semua pas terengganu cakap tak ada yg percaya. negeri pembangkang akan tumbang selepas pru13 bukan sebab pengundi hantu aku sendiri tak percaya dengan pengundi hantu ni. kalau selangor jatuh ke tangan umno aku yakin dan percaya itu kelemahan penyokong dan pemimpin pembangkang. mereka terlampau bodoh dan bangang tak reti memerintah. kalau pandai memerintah mesti tak akan jatuh. kes gereja langsung tak pandai nak uruskan. hanya pandai berceramah diatas pentas.

pola pengundi dari pantai timur dah mula kembali ke selangor. kalau pemimpin selangor tak pandai memerintah bermakna selangor akan tumbang. kalau tulangbesi, albakistani tak buat sesuatu di selangor, berdoa depan kaabah, baca ayat menghalau kambing gurun bermakna tulangbesi akan malu. bakistani akan tinggal nama dan tak boleh lagi memberi kuliah dimasjid seluruh selangor.waktu tu akan tiba dan tulangbesi dan bakistani sila bersiap sedia dengan kekalahan selangor. kalau tumbang kerajaan pkr selangor bermakna tulangbesi dan bakistani kena cari hujah yg lebih kuat. sumpah depan kaabah atau operate muka jadi muka lain supaya tak dikenali.

pkr perlu membuat penjelasan rasmi samada menyokong program ini atau tidak. kalau berdiam diri sampai habis bermakna pkr dikira menyokong program ini. pemimpin pkr perlu berbuat kenyataan rasmi dengan segera. jangan sampai kepercayaan luput dari penyokong lain.

Ulasan