malaysia jatuh ketangan pembangkang - mimpi atau realiti

perjalanan masih jauh untuk pembangkang menawan malaysia, sekadar bercakap berceramah berbuih buih pun tak berguna tanpa gerak kerja yg baik. seluruh pemimpin penyokong kena bersatu hati dalam menangani isu isu atau apa jua projek yg umno sedang buat. bagi aku umno akan buat apa saja untuk mengekalkan kekuasaannya di malaysia. tanpa kuasa umno ibarat orang buta yang kehilangan tongkat. ia akan terus meraba raba dan akhirnya lari meninggalkan umno. umno tak akan membiarkan malaysia jatuh ketangan pembangkang. kroni mereka akan jatuh papa kedana dan akan makan pasir andaikata malaysia jatuh ketangan pembangakng. pelbagai usaha sedang dijalankan. sedang giat dijalankan. usaha usaha sedang berterusan dan para penyokong pembangkang terus lena dalam tidur, suara blog terus ghairah memberikan pelbagai fatwa dan wahyu kononnya pembangkang akan menguasai malaysia selepas pru13. mimpi indah blogger akan terus berkumandang. kalau kalah blogger akan menunding jari kepada pemimpin pembangkang yang tak pandai menggunakan isu isu untuk menjatuhkan pemimpin umno dari singgah sana.

begitu mudah blogger akan menyalahkan pemimpin pembangkang kerana mereka boleh bersuara dan akan bersuara. apakah mereka juga turun ke bawah meneliti perjalanan sesuatu organisasi politik atau pernah kan melakukan kerja kerja parti atau hanya pandai menulis dan terus menulis. silap terus ditegur tanpa perlu mencari apa benar fakta salah atau benar. menuduh setiap hari tapi silap tuduh apakah ada permintaan maaf dari mereka tak ada pun. menulis terus menulis apa yg dikatakan tanpa usul periksa dan dengan bangga menulis info mereka adalah tak pernah salah. tapi tetap salah akan salah selalu. namun berbangga dengan info bangang yg mereka boleh. setiap hari update blog dengan membuat tuduhan melulu kalu tak ikut pandangan mereka pemimpin pembangkang salah. mereka merasa diri mereka terlampau hebat.

kerja kerja politik malaysia tak pernah tamat. kalau hari ini pilihanraya esok dah bermula kerja kerja politik dan ia tak pernah rehat kalau dimalaysia. berpolitik sepanjang hayat. setiap hari parti pembangkang akan terus berhdapan dengan jentera umno dimana mana jua. apakah jentera pembangkang cukup ampuh dan kuat untuk melawan jentera umno yg dilindungi oleh undang undang. atau jentera pembangkang lemah selemahnya. jentera pembangkang dalam pilihanraya tetap lemah kerana banyak faktor. faktor ekonomi paling membebankan. faktor tenaga manusia yg sanggup kerja bukan sekadar bercakap dari depan komputer. yg pandai menghirup kopi depan pc dan menulis benda bangang. yg sanggup berhempas pulas, yang sanggup menahan kesejukan kepanasan provokasi umno. setakat cetak tshirt jual tepi jalan ramai yg boleh buat. yang bernyanyi sambil nyanyi bawak gitar tadah tong ramai yg boleh buat. sekadar dipanggil brcakap dan memberi idea dalam forum dan sendiri tak turun melihat apa yg berlaku apakah itu dinamakan bekerja utk rakyat.

dipanggil makan minum bertempik masa berhimpun dah dikira berpolitik satu soalan yg bagus. berani melawan fru dan dikira hebat. ambik video makan asap fru dikira hebat menongkah arus. apakah setakat itu saja perjuangan yg perlu dilaksanakan untuk pembangkang menawan malaysia. kekuatan memakan asap meminum gas fru belum menjamin kemenangan pilihanraya. menuntut pilihanraya bebas dari spr yg dikawal selia oleh umno. bersih kekotoran pilihanraya itu dinamakan perjuangan. balik dari perhimpunan bersih dan dikira berjuang bersama rakyat. setakat itu saja je kekuatan pekerja pembangkang. kekuatan penyokong pembangkang. dengan sumber terhad pembangkang akan berhadapan dengan ribuan masalah lagi. kekuatan pembangkang tidak sampai ketahap separuh dari yg ada. jauh dari yg dijangkakan. pembangkang hanya bermimpi dan bukan hidup diatas landasan realiti. mimpi indah pembangkang akan berterusan.

umo sudah jauh kedepan. mereka menggunakan apa saja yg boleh menahan arus kebangkitan rakyat. apakah isu isu yg nak dimainkan oleh pembangkang. isu isu hanya sandiwara semasa bagi rakyat antara pemimpin pembangkang dan kerajaan. rakyat sudah tak kisah dengan isu isu. tak ada makna lagi isu isu diperjuangkan kerana rakyat hampir tidak kisah lagi. kesengsaraan hidup kesusahan mencari rezeki adalah aspek utama menyebabkan rakyat makin tidak kisah kepada politik. apakah kita percaya rakyat tidak kisah kepada isu isu cuba try bawak satu isu isu kepada rakyat dan bahagikan kepada beberapa bahagian apakah jawapan mereka. mual kepada politik sudah banyak berlaku dibawah. mereka sudah tak kisah siapa yg memerintah. mereka hanya mencari kebahagiaan kesenangan rumah tangga mereka sahaja. apakah rakyat begini akan memberikan undi kepada pembangkang. susah macamana pun mereka tetap dapat makan minum. apa keperluan menukar kerajaan yg ada.

Ulasan