tak boleh kritik kena marah

orang lama dalam pas tak boleh di kritik, hanya geng perpaduaan je yg boleh dikritik dihantam di sepak dilunyaikan. tersentuh reform pasti ada yang menyingga. wah hebatnya pas sekarang, orang lama marah kat aku kerana kritik mat sabu siap tanya apa sumbangan aku dalam pas, aku tak sumbangan pun dalam pas, aku penyokong pas saja, nak ada sumbangan benda apa, lainlah mat sabu hebat, ceramah saja berjuta orang dengar, siap ada kelab penyokong lagi, tak ke hebat tu namanya. sumbangan banyak kepada pas, siapa yang nafikan, orang gila aje nafikan sumbangan mat sabu kepada pas, dari tahun awal 80an siapa penceramah popular pas, dari kedah sampai terengganu, siapa pernah melupakan mat sabu dalam pas. aku nak senaraikan apa jasa jasa mat sabu dalam pas, tapi aku bukan orang lama dalam pas, mungkin orang lama dalam pas boleh senaraikan jasa jasa sumbangan mat sabu kepada pas, aku baru nak join pas tapi tak jadilah sebab ada orang lama pas yang dah tanya apa sumbangan aku pada pas.

kalau reform tibai kepimpinan pas tak apa jgn sentuh mat sabu, jangan sentuh khalid pasti kena marah, orang terengganu marah kat aku tu, kuat betul sokongan tu. menang le mat sabu dalam pertandingan nanti, maklumlah orang tua dalam pas dah bagi sokongan. pas terengganu mesti dah sahih kemenangan berpihak kepada mat sabu. mungkin orang tu ni perwakilan nanti dalam muktamar, sumbangan orang tua mesti le banyak sekali, jasa kepada pas berkoyan koyan. dalam pas tak ada pengampu. orang tua mesti kenal mat sabu, orang baru pun kenal mat sabu. kenal mat sabu luar dalam. aku bukan nak kutuk mat sabu aku tegur je ayat dia tergantung, tegur sikit pun dah kena marah, siap kata aku kelentong lagi. apa aku kelentong tak pulak dicakap oleh orang tua. mungkin orang tua terlupa kot. aku tunggu dia nak cakap apa tapi tak cakap cakap. jenuh aku menunggu. biasalah orang tua beradab sikit,

Ulasan