mencari solusi untuk PRU ke 13

pilihanraya sarawak dewan undangan negeri telah berlalu, banyak yang perlu dibuat oleh parti pembangkang jika mahu meneruskan gempa bumi yang kuat berlaku disemenanjung. walaupun barisan nasional masih mengekalkan keupayaan mereka mendominasikan undi dikawasan melayumelanau dan kawasan pendalaman sarawak. banyak analisa yang dibuat mengenai kekalahan pas disarawak. yang pergi bertugas aku rasa ada kebenaran dalam analisa tapi yg tak pergi buat analisa bergantung kepada bacaan dalam internet amat jauh apa yang terjadi disini. pembangkang gagal menggunakan media baru seperti facebook twitter dan youtube. aku masih teraba dan mencari cari kawasan pendalaman usahkan 3g 1g pun belum tentu ada. nk cerita pasal internet dikawasan pendalaman sarawak, kawasan pertengahan antara bandar dan kampung belum tentu boleh dimanafatkan sepenuhnya. memang tak dinafikan pengaruh semua ini tapi keupayaan mengaxcess internet pun tak ada bagaimana kita nak menerima benda benda ini semua sebagai kegagalan pas. kalau ada blogger dikawasan bandar pun kalau bergerak ke arah pendalaman belum tentu dapat menulis apa yg terjadi disetiap kawasan.

blogger barisan nasional dibayar untuk diwujudkan disetiap kawasan dun yang ada, dengan keupayaan ekonomi dan kalaulah ada yang sanggup membayar kimma sebanyak 50 juta malaysia sepatutnya wang itu dimasukkan kedalam akaun dun yang pembangkang bertanding, dengan keadaan kekangan ekonomi kepada blogger pembangkang amatlah memeritkan. perjalanan jauh memenatkan satu hal, dptkan berita dan disamping itu nak menulis satu hal dan menyampaikan satu hal nak posting satu hal, kalau blogger yang terlibat dalam kempen semua ini akan terbengkalai. mana satu yang nak dibuat dahulu. buat yang ini tertinggal yang sana, berpusing dan cuba check and balance.tapi masih belum cukup untuk para perjuang melepasi kekangan ini. bayangkan tambangkan dari bintulu ke meraga bakun memakan masa 3 jam dan dengan tambang rm35-40 satu hala perjalanan kalau pergi balik dah rm70 -80, kalau setiap hari berulang alik bermakna selama sepuluh hari dah rm700- 800. bila bercakap soal duit semua menggaru dan akhirnya berpusing dari awal kembali.

bukan tak boleh menilai apa situasi yg berlaku, nampak dengan jelas tapi apakah bila kita menulis kita menulis dengan jujur walaupun kesannya amat menakutkan kepada perjuang. dah kita tulis kalah sebelum berkempen, kita sengaja mematahkan semangat yang ada, daripada aku menulis begitu baik mendiamkan diri, kalau nak menulis apa yang dilihat dan disaksikan begitu banyak sekali, tapi dalam masa berperang bagi aku aku tak perlu menulis benda negatif tapi jangan sampai menakutkan perjuang perjuang untuk terus berjuang. kalau tulis dan tentu kalah pasti dah ada yang buat persiapan nak balik. kalau kita mencari sisi yang salah untuk dilaporkan pasti begitu banyak akan berlaku semasa kempen pilihanraya. organisasi kempen lemah tapi bagi aku kempen 10 hari ini hanyalah memenuhi masa lapang dalam berkempen, gerak kerja yang lama akan membuahkan hasil yang lumayan kepada perjuang. tapi siapakah yang sanggup hadir ke sini selepas pru.  yang datang membantu kena ada yang mebantu.

nak tubuhkan cawangan, tubuh cawangan bukan main tubuh je. kena ada ahli yang betul betul bekerja untuk parti. di sadong jaya, tiada orang penduduk pribumi yang bertugas dalam bilik semasa pengundian. ada sesetengah tempat orang semenanjung yang menjadi kerani bertugas dalam bilik mengundi sebagai wakil calon. seorang dari pagi sampai ke habis mengira. inilah ia realiti disarawak. pertugas asal disarawak tiada langsung, nak bertukar ganti pun tiada. pergi solat pun terpaksa tinggalkan kosong tmpt kerana kekurangan pertugas. masa untuk fokus pun terlepas, keletihan kepada polling agen counting agent sebab orang yang sama. apa yg terlepas pandang dan apa yang terjadi tak pernah orang ambik tahu, yang tahu mengutuk dengan perkara yang bodoh dan sombong. yg terpapar diinternet.

Ulasan

  1. nigeria tengah bergolak ni bang. geng ameno bodo tu kalu ada yg pandai sikit akan guna kes nigeria untuk nak kalih org melayu balik ke ameno.

    BalasPadam
  2. doh teruk nak kalih guana

    BalasPadam
  3. nigeria: 50% Muslim, 40% christian, 10% lain2. undang2 - based on british common law mcm 1mesia dan undang2 syariah di 12 negeri2 majority Muslim. presiden - goodluck jonathan, menang pilihanraya baru2 ni. sebelum tu Muslim. negeri2 utara yg majority Muslim tengah merusuh, sampai ada org gila yg dah bakar gereja.
    berita ni tak berapa ada dlm paper melayo. sentimen melayo spt biasa, Islam sgt tak boleh, munafik tak pa janji aku senang. lebih kurang mcm kes baru bian bakal cm sarawak tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan