jalan mati menanti nuar berahim

hari ini pendakwa  telah mengesahkan bahawa dna lelaki y adalah nuar berahim, dipadankan dari tuala good morning, berus gigi dan botol minuman nuar berahim yang dirampas dari dalam lokap ketua pembangkang. nuar berahim nampaknya akan disabitkan dengan kes ini dan bergembiralah umno celaka dan blogger blogger bangang mereka. bagaimana sample dna ini dipadankan apabila dna diambil secara rampasan, oleh itu nuar berahim sudah berada didepan sungai buluh untuk kali kedua. permainan undang undang kes liwat sudah sampai ke kemuncaknya. dan tanda tanda untuk nuar berahim terlepas nampaknya hitam kelabu asap. begitu yakin pendakwa mengatakan bahawa dna lelaki y itu adalah nuar berahim dan siapakah lagi 9 lelaki lain yang terdapat pada sayfoul.

apakah harapan yang masih bersisa untuk nuar berahim, pintu untuk dibebaskan telah ditutup rapat oleh pemainan undang undang. hakim akan mendapati nuar berahim bersalah berkemungkinan terlampau besar. tiada apa yang mampu menyelamatkan nuar berahim kecuali keajaiban yang mungkin diberikan oleh allah taala sahaja. keinginan pemerintah untuk memenjarakan lagi nuar berahim begitu besar sekali. suasana tidak memihak kepada nuar berahim dikala ini. penghujahan peguam nuar berahim hanyalah untuk menamatkan permainan yang sudah diketahui kesudahannya. penamatnya sudah ada ditangan hakim. nuar berahim mungkin didapati bersalah tanpa perlu dipanggil membela diri. inilah permainan yang sudah dijangkakan, oleh sebab itu penghakiman dalam bukti dna di mahkamah europe tidak diterima sama sekali kerana ia boleh berlaku perbuatan khianat. begitu mudah untuk mengenakan orang dalam politik atau juga musuh musuh jika bukti dna diambil kira. apakah ini kesudahan nasib nuar berahim atau ada lagi jalan yang manusia tidak nampak akan diberi.

Ulasan