tricky leaks - semoga Tenang mengikuti sejarah Teluk Pasu

malam ini ceramah mega terakhir dalam kempen prk n5 dun tenang johor darul takzim. tenang apakah akan berlaku T yang kedua disini. selepas T pertama melakukan sejarah buat pas di terengganu. teluk pasu menjadi pembakar semangat kepada pas terengganu untuk menyingkirkan umno dari tampuk pemerintahan. T yang kedua adalah tenang. T yang pertama berwakil 2 dun untuk pas diterengganu. satu diwakaf mempelam dan satu lagi di dun rhusila. dan T kedua juga berlaku ditenang. kedua wakil pas juga hadir dijohor. satu sungai abong dan maharani. semoga keajaiban allah berlaku juga disini. teluk pasu menjadi sejarah apabila tok guru harun taib berjaya mengalahkan calon umno yang lulusan undang undang islam. begitu hebat pas terengganu diserang. media massa berjaya mengekang pengaruh pas dengan membuat fitnah kepada tok guru harun taib.

isu salam juga dimainkan secara besar besaran. tok guru harun taib juga tidak mahu bersalam dan keenganan tok guru harun taib bersalam dengan calon umno dipebesarkan oleh media utusan. tok guru harun taib tidak islamik kerana tidak mahu bersalam dengan calon umno. akhirnya isu salam ditiup masuk kedalam dun teluk pasu. pas masa itu mendapat kerjasama yang erat dari pendokong barisan nasional yang keluar menubuhkan semangat 46. isu salam setiap hari ada di dada akhbar. dengan isu salam jugalah teluk pasu mampus kelepok ditangan pas. tok guru harun taib akhirnya menjadi yb pas didun teluk pasu. di kubu kuat umno pas menang mutlak. walaupun pelbagai ramalan dibuat dan pas kehabisan tenaga kerana mendapat serangan bertali arus tanpa sokongan media massa pas membuat kejutan dan hejutan di akhir garisan. pas menang dan akhirnya pegawai pilihanraya negeri terengganu ditukarkan ke sabah.

calon umno diteluk pasu juga pernah menghukum tanpa penelitian kepada seorang ulamak yang mengajar tanpa tauliah. akhirnya dia dimalukan oleh rakyat dun teluk pasu. hari ini zahar berahim juga salah melelong harta rakyat dan doa orang teraniaya mungkin zahar berahim akan terhumban kelongkang dengan kehinaan. sejarah teluk pasu seakan berulang disini. semua benda berlaku seperti meraihkan kembali memory pejuang yang pernah berjuang diteluk pasu. ada yang sudah meninggal dan ada yang masih terus berjuang walaupun dengan otot dan sendi yang semakin longgar. masa sudah menghambat pulang. aku masih disini. dan aku dulu juga penampal poster tegar pas dan sampai sekarang aku masih begini menjadi penampal poster pas. dulu diteluk pasu aku belum boleh mengundi dan masih bersekolah. sekarang masih bersama jemaah pas. dan semoga aku tak akan undur dan tak akan beralih arah dan berpaling dari jemaah islam. semoga tenang akan ditawan oleh bulan purnama. takbirrrrrrrrrrrrr

Ulasan