TRICKY LEAKS - pasukan kempen mulai masuk markas

suasana petang dah makin menarik sekarang, rindu pada kampung halaman mulai terasa. lamanya berkampung dikampung orang. bagaimana agaknya rindu orang mekah sewaktu dimadinah, orang mekah berhijrah bersama nabi muhammad s.a.w ke madinah dengan air mata, darah, dan kematian. kita datang dengan elok balik pun dengan elok. tak ada kenatian pun dalam berjuang. jauh sungguh perjuangan kita. kita berjuang dengan caci maki, tangkapan pihak polis, fitnah dari celaka kaldai kaldai dan anjing anjing belaan aje. dihalau perkara biasa aje dalam perjuangan. umno yang begitu hebat sanggup memusuhi sesama islam, pemimpin umno berkata penyokong dan ahli mereka tahu adab dan sopan. tapi kalau menengok kepada penyokong dan ahli umno pasti beruk dan ungka lagi bersopan dari mereka.

kertas culaan mulai masuk kedalam markas besar, apakah resultnya akan menyebelahi pas atau sebaliknya. bagi aku, yang penting kita sampaikan aje apa yang islam suruh yang lain kita tiada daya dan kuasa. datang ke satu daerah asing memerlukan kesabaran tinggi. bertekak berhujah dengan umno perkara biasa. yang pasti umno memiliki telinga pekak dan hati yang kering. kalau nak bertekak dengan umno jangan pakai ayat alquran tapi pakai lojik akal sebab umno marah kita gunakan ayat alquran dia kata kita terpesong dan suka memesongkan ayat ayat alquran. jadi pas perlu pakai lojik akal bila berhadapan dengan umno lojik akal kalau umno berugama kena pakai ayat alquran kalau umno maki kita hamun mereka jarang jarang apasalahnyakan. tak akan umno je pandai memaki kita pandai juga. kita ada segalanya gak. jangan lembut hati sangat dengan umno ni. pemimpin pas pun masih lembut hati dengan blogger sialan.

persediaan untuk esok direncanakan malam ini. pergerakkan mobiliti komunikasi apa saja diperlukan esok. jawatankuasa keselamatan, unit amal pas perlu bertegas esok, unit amal satu cabang pas yang paling hebat dan paling utuh bertahan. tanpa sokongan kewangan mereka mampu bertahan dalam apa jua suasana. pemimpin atau ahli pas atau penyokong pas yang berkemampuan kalau jumpa unit amal dikedai tolonglah belanja mereka makan minum. mereka tak mintak pun. aku cukup sayu dan sedih bila mengenang unit amal berjuang tanpa sebarang imbuhan. kalau polis ada mereka akan kedepan, dan kalau kena tahan mereka akan kena dulu dan selepas didakwa tiada lagi yang sanggup bersama sama mereka. pemimpin pas pun jenguklah mereka. mereka tak mintak apa apa pun cuma semangat sesama insan. aku cukup sedih dengan keadaan ini. pejuang yang selalu dilupakan dan selalu diingat bila diperlukan. buat majlis makan minum untuk mereka sekadar menghargai pengorbanan mereka selama ini.

Ulasan