tok jib ke amaricana

pm malaysia tok jib pergi ke negara amaricana (pinjam sebutan tentera jerman masa perang dulu) disahkan oleh kaki raba jamaludin jarjis sebagai duta malaysia ke negara amaricana. berkuasa betul tok najid sejak menggunakan apco sebagai penasihat dan perunding imej sampaikan barrack obama nak menemui tok jid sulu sebelum persidangan amaricana dan ASEAN. pak lah tak le sehebat ini. ku deraman dulu terpaksa jumpa dengan queen untuk membebaskan diri dari penjajah, cik det terpaksa membayar harga dengan menggunakan wang rakyat malaysia untuk bertemu dengan presiden amarica ini. cik det yang diakui dunia banyak membalun duit rakyat malaysia pun terpaksa membayar wang kepada pelobi yahudi untuk hanya berjabat tangan dan hangus wang ringgit rakyat malaysia kerana kegilaan cik det nak bersalam dengan presiden yahudi amaricana.

hari ini pula tok jib pula dijemput oleh barrack obama, skrip sama saja dipakai oleh apco yang dibayar 77 juta untuk menaikkan imej tok najid dimata dunia dan juga dimata rakyat malaysia. hangus duit rakyat 77 juta kerana nak melayan kegilaan pm yang gila glamour. sumber rumah putih kata adalah menjadi kecacatan jika perdana menteri malaysia tak hadir ke persidangan itu. terkojut eden dengan kenyataan rumah putih ini, wahhh hebatnya tok jib rupanya, kat malaysia imej tok najid dah calar balar dengan pelbagai skandal dan ia menjadi hebat bila berada diluar malaysia. tok najid dah makin tak laku dipasaran malaysia dan apakah kerana imej tok najid tak laku didalam negara maka apco terpaksa mencari idea untuk melakukan penambahbaikkan kepada imj tok jib dengan mengatakan barrack obama nak bertemu sebelum persidangan. alah macam tak biasa, pelobi yahudi sentiasa berkeliaran disana sini. ada wang semua boleh jalan,

perjumpaan tok najid akan digambarkan oleh media massa umno bangang sebagai manusia terhebat diasia tenggara kerana barrack obama bersalam dengan tok najid. kejadian ini akan dipaparkan dimuka depan suratkhabar dan pelbagai jenis majalah. secara tak langsung menaikkan imej tok najid dimata dunia walaupun belakang terpaksa melebur lagi duit rakyat malaysia. dengan berapa jumlah komisen yang dikenakan oleh kaki raba untuk melobi pelobi pelobi yahudi di amaricana. ini dinamakan peleburan wang rakyat malaysia untuk menaikkan imej najid yang semakin usang dan lapok. dan disamping itu rakyat malaysia juga terpaksa melayan kegilaan bini najid yang akan mengadakan persidangan wanita pertama (first lady) di malaysia bertempat di golden horse. suami isteri sama naik menjahanamkan harta negara. keduanya gila glamour dan yang terpaksa menanggungnya adalah rakyat malaysia yang terus dirundum malang dengan kenaikan harga barang.

apalah malang nasib rakyat malaysia hari ini, dulu dapat perdana menteri tidur sepanjang masa, bangun waktu tertentu saja, dalam parlimen pun tidur, dalam mimpi pun tidur sampaikan menantu mintak sign pun disign waktu tidur. banyak sangat tidur sampai putus semua urat saraf. jadilah perdana menteri tidur sepanjang masa ekonomi malaysia tak dihiraukan sangat. diterajang keluar dari singahsana kerusi empuk dengan menggunakan blog wordpress yang percuma. datang pula perdana menteri terakhir dari dinasti umno, lebih teruk menghabiskan wang rakyat hanya untuk menaikkan imej diri sendiri dan bini. habis diangkutnya apco ke saiko ke taiko dan teko angkut semua demi menaikkan imej buruknya. dalam keadaan ekonomi malaysia yang ranap hangus kedua dua terus berbelanja tanpa had dan limit langsung. tanpa belas kasihan kepada penderitaan rakyat mereka berbelanja sampai bogel. malangnya jadi rakyat malaysia.

Ulasan