pm gila glamour

pelbagai projek di lakukan oleh kerajaan malaysia untuk menjadikan tok jib sebagai pemimpin yang popular, semakin banyak kerja kerja bodoh dan bangang dilakukan oleh penasihat kepada perdana menteri, selepas menulis surat kepada perdana, diadakan lagi pelbagai jenis kempen untuk menjadikan perdana menteri malaysia yang pertama yang gila kepada glamour. sepatutnya tok jib tak menghabiskan duit melakukan kerja iklan untuk diri sendiri, sudah lima perdana menteri malaysia berlalu tak ada seorang pun yang gila glamour seperti tok jib. walaupun pm ke lima malaysia digelar the sleeping man in the world dia tak lah gila untuk mempopularkan dirinya sendiri. apakah ini nasihat dari apco yang dibayar 77 juta. kalau ini sajalah pakar israel dibayar baik bayar kepada penasihat lain yang lebih berwibawa.

apakah tok jib tak sedar bahawa semakin banyak kempen dianjurkan untuk mempopularkan dirinya sendiri rakyat semakin meluat. kerja kerja bodoh yang dipelopori oleh Penasihat Malaysia Centre Public Opinion (Macpo), Datuk Seri Azman Ujang akan membuatkan imej pm semakin bodoh dan bangang. apakah dengan kempen menghantar poskad ini akan menaikkan imej tok jib yang semakin hambar kerana mendapat pelbagai kritikan. dulu hanyalah pm dan menantu yang gila duk mentankedarah duit rakyat, sekarang pm dan isteri pula yang makin membosankan rakyat malaysia. selepas ini apakah lagi kempen yang akan disebarkan oleh penasihat malaysia. kempen memakai seluar pendek pula kerana tok jib seorang yang berjiwa muda dan agresif akan dipamerkan. carilah idea lain yang tak menampakkan betapa bangangnya penasihat yang dipilih oleh tok jib.

rakyat malaysia melihat pm dan isteri begitu gilakan glamour. kerja kerja wajid untuk membebaskan malaysia dari kes jenayah tidak dilakukan dengan sempurna. terlampau banyak cacat dan celanya pm malaysia sekarang. walaupun penasihat cuba membaiki imej tidak lebih tidak kurang hanya seperti tikus membaiki labu. ia bukan sahaja merosakkan imej perdana menteri didalam negara tetapi juga merosakkan imej pm diluar negera. apakah tok jib tiada pertimbangan langsung dalam menentukan bagaimana nak menggambarkan imej pemimpin negara yang disegani. tak perlu kepada kempen rakyat boleh menilai keupayaan pm yang boleh memerintah atau yang terlampau bodoh dalam membina imej beliau sendiri. tok jib didapati terlalu lemah dalam semua hal dan tak nampak satu pun usaha yang dilakukan oleh penasihat menaikkan imej beliau bahkan memburukan lagi imej beliau yang sudah buruk sebelum menjawat jawatan perdana menteri malaysia.

kalaulah apco atau macpo dah kehabisan idea untuk membentuk dan menaikkan imej perdana menteri, tok jib boleh mengupah kickdefella yang sudah kehabisan sumber kewangan sekarang. sambil dia meracau racau dalam blog bodohnya, tok jib boleh mengupahnya menaikkan imej tok jib. tok jib tak perlu sangat membayar 77 juta perlu bayar sedikit je 5 persen dah cukup untuk kickdefella membina imej tok najid. dulu ada orang bayar 4 juta untuk dia menjatuhkan pak lah menerusi blogspot percumanya itu. mungkin selepas ini kickdefella boleh membeli laman yang berbayar kerana nak jatuhkan pak lah pakai laman web percuma, kalau bayar laman web mesti lebih canggih dan makin banyak idea yang akan mari kedalam kepala hotak bodoh kickdefella. apalah sangat kalau bayar juga 4 juta kerajaan tok jib jimat hampir 73 juta duit. penasihat keduanya dah tak boleh pakai lagi pakai dalam negeri pulak apa salahnya. kickdefella adalah manusia penyanjung umno no wahid dimalaysia. tapi kena bayar lah kalau tak bayar ada yang mengamuk dan balik kapak ke kereta sendiri.

Ulasan