pkr hangat membakar

pemilihan pkr yang dikatakan hebat dalam pemilihan tahun ini, ramai sangat yang layak untuk bertanding, mungkin kertas percalonan lebih dari 3 helai muka surat. semua pemimpin pkr layak bertanding dan diharap jangan ada yang terlebih sangat dalam masa pertandingan. suasana tidak sihat pertandingan pkr sudah mulai terserlah dengan adanya pelbagai kata kata kurang manis kepada yang lain. apakah pkr nak membawa budaya umno bangang kedalam parti mereka setelah bersusah payah mereka mempertahankan parti mereka daripada menjadi parti sejarah dalam memory tanah air. pkr sepatutnya boleh mengelakkan pertandingan ini walaupun dikatakan ini adalah lumrah demokrasi yang cuba ditunjukkan kepada parti lain. kesan jangkapanjang dan jangkapendek mungkin boleh dielakkan jika pertandingan ini diadakan dalam suasana harmoni dan aman sejahtera.

suasana semakin hangat membakar, ada yang tak tahan dicuit, disengkeh, dibentes sikit sikit, ada yang mulai membawa sepak terajang umno dalam parti pkr, walaupun pkr menerima ahli umno tak akan nak bawak pulak budaya umno bangang dalam pemilihan parti. pkr sepatutnya yang menjulang demokrasi tulen menunjukkan contoh yang baik dan mampu membaiki imejnya yang rosak. jangan biarkan penyokong yang menguasai suasana, biarlah pemimpin yang bertanding mengemukakan imej yang positif dan berdaya tahan dan mahu membela rakyat malaysia. bukan bertanding kerana rebutkan jawatan. kalau ini dilakukan oleh pemimpin pkr rakyat akan menilai bahawa mereka sama sahaja seperti umno.

hormat menghormati dan tiada masalah dendam diakhir pemilihan mesti menjadi agenda utama kepada mereka. mereka yang bertanding tak sepatutnya melupakan jasa jasa orang pkr yang lama bertungkus lumus menyelamatkan parti pkr dari terus hilang dari peta politik malaysia. mungkin pkr dah menguasai negeri bermakna, banyaklah luncai luncai yang akan terjun bersama labu labu kedalam pkr meninggalkan kapal karam untuk merebut tempat untuk membelasah harta rakyat. selepas umno hancur maka pkr dijadikan tempat untuk memungut ghanimah dari rakyat. pkr perlu cerdik dan matang dalam menangangi soal pemilihan agar nampak lebih baik dan berjurus dari umno. kalau tak pkr juga sama saja dengan umno bangang.

Ulasan