perkasa expired

umno dan barisan nasional mengumumkan pemisahan secara realiti bukan fantasi lagi bersama perkasa. perkasa dianggap sebagai sampah dan beban yang berat yang perlu dipikul dan dibersihkan oleh umno. walaupun sebahagian besar ahli perkosa adalah ahli umno samada yang membayar atau tidak yuran keahlian. umno dah nampak bahawa apabila bersahabat dan menjalinkan hubungan sah atau haram bersama perkasa bermakna umno terpaksa menanggung biawak hidup yang begitu menyusahkan. kenyataan berahim ali sebagai presiden perkasa yang selalu tak stabil dan berombak ombak begitu menyusahkan umno yang sedang nazak menunggu kematian. walaupun perkosa cuba menyelamatkan umno tapi sebahagian tindakan perkosa kepada komponen barisan nasional adalah mempercepatkan kematian umno.

setelah sua barisan nasional mengumumkan pemisahan dengan perkasa, pelbagai pihak dalam perkosa telah memberikan komen negatif seolah olah sebagai tindak balas kepada keputusan barisan nasional yang tidak mahu lagi berselingkuh dengan perkosa. berahim ali terpaksa mencari tapak dan menyerang kembali umno. kedua dua parti politik terbesar malaysia dah mengucapkan good bye kepada berahim ali. sampah seperti berahim ali dah semakin tak laku dan nasib yang serupa akan menimpa yb bebas yang sudah lama menikmati habuan setelah mereka menjual maruah dan segalanya kepada umno. jangkahayat yb yb bebas semakin suntuk dan berahim ali yang masih cuba kembali kepada umno walaupun dicerai 18 kali, tiada lagi cina buta yang sanggup untuk menolong berahim ali.

apakah berahim ali akan kembali melutut dan menyembah kepada pembangkang untuk mengekalkan beliau dalam arena politik tanahair. jalan semakin gelap, jalan pulang tiada lagi, mahu tak mahu perkosa akan digunakan sepenuhnya oleh berahim ali untuk melobi atau menebas semak samun dan onak duri perjalanan yang akan ditempuhi oleh berahim ali. wakil perkasa hari ini dilihat cuba menjadi ngo sebenar dengan menyindir khairy menantu bekas pm yang membaham dan memunggah khazanah negara dengan banyaknya. khairy sudah lapuk dalam era ini. khairy telah dikenang dan ditinggal dalam buku sejarah politik tanahair. khairy jamaludin sudah menjadi sampah dan akan hanyut dalam longkang sebelum berkubur. tiada apa lagi yang tinggal dalam diri khairy, walaupun perang khairy dan berahim ali berlanjutan kedua dua makhluk ini tidak berguna sesen pun kepada kedua dua belah pihak. khairy akan menjadi badut dan berahim ali akan tinggal sebagai ahli lama sarkas yang tak laku lagi.

Ulasan