pemilihan pkr

sewaktu dunia politik seakan beku dengan kejadian bunuh dan bakar jutawan kosmetik, dunia politik membeku sedikit, pegelutan zaid berahim dengan azmin ali nampaknya masih hangat membakar kepada penganalisa politik tanahair. blog pro pkr akan terus mempertahankan pkr dengan pelbagai maklumat, strategi dan juga pertahanan yang ampuh. peperangan merebut jawatan no 2 pkr terus berlangsung. strategi ala ala umno mafia diguna pakai oleh orang orang pkr. tipulah kalau dikatakan tak ada perpecahan langsung dalam pkr. yang menang akan mengungguli carta pemilihan kuasa dan yang kalah akan terus terpinggir diarus politik tanah air. chandra muzaffar yang kecewa meninggalkan pkr dan siap ludah dan sambil memaki hamun pkr dengan pelbagai bahasa yang indah didengar dan menjadi nyanyian halwa cuping telinga.

dalam pemilihan pkr tak ada beza pun antara zaid dan azmin kerana kedua duanya dari parti yang sama iaitu umno. strategi keduanya tak akan nampak berbeza terlampau banyak. pengaruh umno dalam diri mereka masih ada dan wap wap umno terus berjalan dalam urat nadi dan urat mereka. cuma sekarang kuasa tak ada bersama mereka. ulasan ulasan blog pro pkr akan terus memberikan pandangan positif, pertarungan keduanya nampak seakan menarik dan yang menjadi ketakutan adalah pertarungan yang akan menyebabkan perpecahan yang teruk dan menyebabkan ada lagi yang keluar parti sepertimana ezam, hamdan, chandra muzaffar dan menarik bukan sikit ahli pkr. apakah tak ada kesan langsung tentang pemilihan ini. berlindung dibalik tikar menkuang yang sudah koyak sukar untuk menyembunyikan kerosakan yang akan ditinggalkan.

walaupun pkr dan prm sudah bergabung dan mampu bersembahyang berjemaah dalam kuil budha dan imamkan oleh syed hussin belum tentu dapat meredakan bahang perebutan kerusi no 2 didalam pkr. pemilihan jeneral amat hebat berlaku dalam pkr dan seperti yang diketahui pkr tak mempunyai banyak askar yang setia dan bila bila masa askar pkr boleh berpaling tadah hatta calon yang pernah dicalonkan menjadi calon adun atau mp. sikap jeneral pkr yang sering berubah wajah seperti sesumpah menyebabkan sukarnya rakyat menerima pakatan pembangkang yang sering dilaungkan. di pantai timur sukar sekali pkr untuk hidup kerana semua askar dan jeneral sering berubah berubah. tak ada satu pun jeneral pkr yang mampu hidup di pantai timur. senyap dan sunyi sepi. walaupun siapa yang menang dalam pemilihan pkr nampaknya jeneral dipantai timur tetap sejuk dan membeku. apakah pkr kekurangan jeneral dipantai timur, atau jeneral pkr dipantai timur dianaktirikan dalam pemilihan pkr pusat sebagaimana umno menganaktirikan pemimpin pantai timur, jadi tiada bezanya pkr dan umno pantai timurkan.

Ulasan