panggilan jihad dah bermula

N.45 Dun Galas, umno dah melaungkan keyakinan untuk merampas kembali kubu mereka yang dirampas oleh pas pada april 2008, saufi deraman yang dikatakan kebal di kubu itu tumbang dengan majoriti 646. che hashim sulaima adun yang dipilih oleh rakyat di dun galas akhirnya kembali menyahut seruan ilahi akibat menderita sakit kanser usus. hampir 2 tahun setengah che hashim sulaiman memberikan khidmatnya untuk rakyat di adun galas walaupun dalam kesakitan. spr sudah menerima surat dari dewan kelantan makluman kekosongan kerusi N.45 Dun Galas. dalam tempoh belum sampai 3 tahun dari persidangan pertamanya ini bermakna kerusi ini tidak akan dibiarkan kosong sehingga pru yang akan datang. mahu atau tidak umno dan pas akan kembali bertembung. yang pasti pas akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya dan umno cuba kembali bernafas disini.

semalam sebelum kembali ke terengganu, aku sempat meninjau dun galas melalui gua musang. ini lah kerja kerja awal selepas kecewa dengan keputusan manek urai. seorang perjuang tak perlu terasa dihina lebih lebih lagi dari rakan seperjuangan. tapi apa yang berlaku di manek urai sampai hari ini terasa pedihnya. lebih pedih jika kita berada dipihak yang sama dan menentang musuh yang sama tapi tertembak dalam kem sendiri. walaubagaimanapun aku harap usaha usaha menjernihkan suasana keruh yang menyelubungi selama ini sudah kembali jernih dan menjadi harapan agar kekeruhan sudah berakhir dan sudah berlalu dari minda para perjuang yang sama. kami cuba melupakan apa yang berlaku dan kali ini berprasangka baik untuk datang lagi membantu dan akan terus membantu selagi nyawa dan hayat dikandung badan.

aku hanya melalui kesemua tempat dun galas untuk laporan awal, inilah kerja kerja jihad pertama, maklumat awal perlu dibuat segera kerana semasa prk berlangsung, kita tak akan berpeluang untuk kesana kemari kerana ada kubu yang perlu dijaga sentiasa. dengan suasana pantas, dan keadaan sesak dengan lautan manusia, dengan pelancong politik, dengan wartawan yang sibuk dengan camera untuk mencari berita sensasi, walaupun arahan belum bermula, mesyuarat belum dipanggil mana yang berkempatan hadir dulu ke galas. mencari seberapa banyak info walaupun ini adalah kerja sampingan sebelum berlaku prk. dijangkakan prk dun galas akan berlaku dalam bulan oktober ini atau awal november sebelum aidil adha. aku pasti semua ahli dan penyokong pas sudah bersiap sedia untuk datang bertempur lagi seperti hari hari yang lalu. keseronokan menentang umno dan barisan nasional akan berlaku lagi. umno tetap umno lagu lama lirik lama akan dipersembahkan dan mungkin ada sikit penambahan akan berlaku kerana mendapat nasihat daripada apco world wide.

dan setelah beberapa jam berada disini, aku kembali ke negeri tercinta membawa sedikit sebanyak info yang mungkin berguna sepanjang prk itu berlangsung. kocakan panas belum berlaku kerana pengumuman spr belum berlaku. singgah di kuala krai sebelum ke machang dan pulang ke negeri tercinta. dan sebelum apa apa, api perkauman di blog adukatarakguna telah kembali bergema. budak bangang dari nogori penyokong kuat cikgu bard pkr telah memulakan agendanya. oleh kerana budak bangang ini penyokong perkauman yang kuat sebagaimana umno mendidiknya dan umno berjaya mendidik budak bangang ini meniup api perkauman kenegerian yang kuat. mungkin tak sempat makan ubat gila atau kehabisan ubat gila bekalan dari hospital adukatarakguna meracau tentang agenda kerajaan perpaduang yang mana umno sendiri dah tak mahu sebut dah kerana termalu dengan insiden itu. tiba tiba adukatarakguna menggali kembali kisah lama selepas dibuang dari agenda umno. budak yang diberi notis berhenti kerana terlampau bangang dalam kerjanya akhirnya terpaksa menulis perkara yang sudah menjadi sejarah. setelah gagal dalam usaha melanggar dan ziarah tok guru presiden pas kerana kekurangan dana kutipan derma ia mengalih arah untuk melanggar orang lain pula. ramai yang sudah sedar yang budak bangang ini hanya tahu menipu untuk mengutip derma dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi bukan untuk pertubuhan haramnya.

Ulasan