ops sikap yang tersilap

ops sikap selalu dilancar apabila menjelang musim perayaan, dan saban tahun polis akan melancarkan ops sikap yang dah keberapa tahun. saban tahun semakin banyak kemalangan yang berlaku. statistik menunjukkan tak ada penurunan langsung. apakah yang dibuat oleh jkjr yang diketuai oleh suret yang bermegah dengan kenyataan mahu menurunkan kadar kemalangan. pelbagai kempen yang diperkenalkan oleh jkjr namun kemalangan dimalaysia semakin tinggi dan kemalangan maut berterusan sepanjang musim perayaan. jkjr tak pernah belajar dan mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan mereka akan terus melakukan kesilapan sehingga rakyat malaysia mampus diatas jalanraya. setiap kali kemalangan berlaku semua kesalahan akan diletakkan diatas bahu pemandu. alasan bangang dan bodoh adalah megantuk, memandu terlalu lama, kereta tak buat checking kat puspakom.

pelbagai alasan dicipta oleh pihak polis dan jkjr, namun untuk mengakui kesalahan kempen mereka dan tindakan mereka jauh sama sekali. jkjr dengan bangganya mengumumkan tindakan terbaru menggunakan talipinggang tempat duduk belakang kalau tak pakai saman rm300 akan dikenakan kepada mereka yang tak memakainya. kajian dibuat jika penumpang kereta memakai talipinggang belakang keselamatan mereka akan terjamin. namun semakin banyak yang maut akibat memakai talipinggang belakang. jangan jadi bodohlah suret kalau kemalangan maut terus menerus berlaku. setiap kali ada kemalangan maut pasti ada alasan bodoh dan bangang yang dikemukakan oleh pihak jkjr dan jkjr akan melancarkan kempen baru menggantikan kempen lama dan tindakan yang bodoh akan diperkenalkan oleh jkjr kepada pemandu kenderaan dan yang paling penting dapat mengaut wang rakyat kedalam kantung negara. ia bukan sebagai kempen menyedarkan pemandu tetapi sebagai cara halal mengaut wang dari rakyat untuk dimasukkan kedalam akaun kerajaan barisan nasional.

setiap kali musim perayaan tindakan bangang yang dibuat oleh jkjr dan jkr ialah menurunkan hadlaju kebangsaan. dari 90kmsj kepada 80 kmsj. yang 80 km sejam akan diturunkan kepada 60kmsj. apakah jkjr tak pernah terfikir bahawa semakin perlahan dipandu pemandu akan semakin cepat mengantuk atau tiba tiba saja pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan yang tengah laju meluncur terus menjadi perlahan dan menambah kesesakkan kerana pemandu takut kena saman akan memandu lebih perlahan dari yang ditetapkan. dari 90kmsj tiba tiba ada papantanda baru hadlaju dikurangkan dengan tiba tiba pemandu membrek kenderaan dan kenderaan belakang akan membrek dengan tiba tiba dan akan berlaku kemalangan. apakah jkjr tak pernah peduli tentang penurunan had laju ini. kalu bodoh boleh diajar.

semakin perlahan kenderaan dipandu bermakna semakin banyak kenderaan beratur diatas jalan dan sikap kurang sabar pemandu akan memotong Q dan ini akan menyebabkan kesesakkan traffic akan bertambah. kadar kemalangan banyak berlaku kerana kesesakkan yang ditimbulkan oleh jkjr bukannya kerana pemandu tak berhati hati. had laju yang biasanya dipandu tiba tiba diturunkan kerana musim perayaan. apakah tindakan jkjr yang pemandu yang biasa memandu pada kadar 90kmsj tiba tiba disuruh memandu dalam keadaan hadlaju 60kmsj. kenderaan akan menjadi bersesak sesak dan kenapa jkjr tak pernah ambil peduli tentang rugutan pemandu setiap kali pulang beraya. ops sikap yang dilancarkan bukan mendidik tapi hanya menambah kesusahan kepada pengguna jalanraya apabila pulang berhari raya. mungkin satu hari nanti jkjr akan menurunkan had laju sampai 10kmsj. kalau accident pasti tak mati tercalar je kepala sikit. fikirlah wahai suret, dah bertahun kamu gagal dalam usaha membendung kadar kemalangan yang semakin bertambah. berhentilah kamu suret kamu dah gagal.

Ulasan