nujum kaldai

ramalan dari blog tentang prk n45 galas, nujum kaldai bertitah yang mereka meramalkan dun GALAS akan bertukar tangan kerana beberapa sebab yang dinyatakan. blog yang dikatakan pro pembangkang dah beralih arah selepas kehendak dan impian mereka tak tercapai. reform kembali menguasai suasana kali ini. ramalan demi ramalan dah dibuat. blog reform dah meramalkan kekalahan pas di dun galas kerana sebab dan musabab. belum berjuang dah angkat bendera putih. kaum munafik kat mekah dulu pun bercakap demikian. waktu perang berlangsung puak munafik dah melontarkan pandangan yang boleh mengoncangkan hati hati orang islam waktu itu. sesungguh orang orang munafik akan menjelmakan wajahnya apabila tiba waktu dan ketikanya. puak puak munafiq ini tidak akan selama lamanya menjadi musang yang boleh berkokok waktu fajar kerana akhirnya mereka akan membaham ayam dalam reban sendiri akibat kelaparan.

dan hari ini banyak blog yang dikatakan pro pembangkang sebenarnya adalah puak puak yang tak tahu menilai apa erti perjuangan yang sebenarnya. apabila melihat lambatnya menuju kemenangan dan lambat memperolehi ghanimah mereka akan cepat berpusing 360 darjah. suara suara sumbang akan mula kedengaran untuk memecahkan gelombong kebangkitan rakyat. duduk depan komputer sehari hari dan berada dalam alam maya lebih lama dari alam realiti pun boleh buat ramalan. tak mengundi pun boleh buat ramalan. kertas undi tak pernah tengok sepanjang hayat pun buat ramalan. lebih hebat dari suruhanjaya pilihanraya lagi. culaan kiraan dari peti ke peti lokaliti ke lokaliti dibuat oleh blog dari dalam maya sahaja dah boleh tahu pas menang atau kalah. mungkin spr sedang mengkaji bagaimana untuk mengundi secara maya pula nanti. tak pernah bermandi peluh menggira mencula undi pun boleh cerita hal culaan. bawak camera ambik gambar benda benda bodoh pun boleh cerita dalam blog. datang sebagai pencari kesalahan bukan untuk membantu, bawak telefon canggih hanya untuk menimbulkan tak senang sesama sendiri.

semoga blog blog yang masih berselindung dibalik nama pro pembangkang atau apa saja namanya, jadi jadilah jadi musang berbulu ayam, paparkan imej sebenar barulah dinamakan berani kerana benar dan kalau salah kena mengaku, itulah baru perjuang, jangan jadi seperti lalang, sekali ditiup angin ke kanan, kekanan le dia, kalu ditiup ke kiri ke kirilah dia. jadilah pokok yang terasnya mencengkam bumi dan daun nya melebar dan memberi rahmat kepada makhluk yang lain untuk berteduh di hari panas. jangan hari ini cakap lain selepas bangun tidur cakap lain, solat sunat ke solat wajid ke semua bacaanya dimulakan al fatihah bukannya baca ayat lain. berterusan dan istiqamah, apakah kamu benar benar beriman sebelum kamu diuji, apakah sesenang membaca a b c dah boleh masuk syurga allah. belum berjuang dah mengaku kalah, jangan jadi penyebar berita fitnah kerana setiap apa yang disebarkan akan menjadi beban kepada pengfitnah.

Ulasan