mat said tak pandai mentadbir

walaupun mat said adalah seorang bekas tcs yang dipilih menjadi yb dikawasan kijal selepas meletak jawatan dan bertanding di kawasan kemaman. pengalaman sebagai tcs tidak digunakan sepenuhnya dalam mentadbir negeri terengganu darul iman. walaupun slogan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan. mat said walaupun mempunyai pengalaman sebagai exco kanan namun pengalaman beliau tidak dapat diterjemahkan kepada kesejahteraan dan keselamatan rakyat negeri terengganu. mat said banyak berlepas tangan dalam semua usaha yang dilakukannya dinegeri terengganu. projek projek yang dijalankan lebih banyak untuk kebaikan kroni membaham duit rakyat dari memudahkan dan membahagiakan rakyat terengganu. sepanjang pemerintahan mat said menjadi mb banyak tindakan yang dibuatnya hanyalah menyambung legasi deris bengong.

kesesakan lalulintas yang semakin meruncing setiap kali tiba musim perayaan dan sekolah begitu teruk sekali, bayangkan untuk bergerak dari kuala terengganu memakan masa hampir 2 jam setengah yang mana biasanya dilakukan dalam masa setengah jam sahaja. kebanjiran kenderaan sudah tak mampu ditanggung oleh jalan yang sempit. tiada satu pun perancangan yang dilakukan dalam usaha merakyatkan pembangunan. kerja kerja membekal ebook lebih penting kepada mat said daripada membina jalan jalan alternatif untuk memudahkan perjalanan rakyat negeri terengganu. hampir setiap masa dan ketika sekarang negeri terengganu dilanda masalah kesesakkan lalulintas. pergerakkan kenderaaan menyusahkan penduduknya untuk beraya untuk ziarah menziarahi antara satu sama lain. kebanyakkan penduduk mengambil keputusan untuk duduk dirumah sahaja kerana sudah tak mampu melalui traffic jam yang memakan masa berjam jam diatas jalanraya. ditambah dengan kebanjiran pemandu bangang yang bawak kereta setahun sekali. potong Q mencelah antara kenderaan menambah lagi kesesakkan lalulintas.

jika mat said tak mampu merancang dan mentadbir negeri terengganu untuk mencari idea idea baru untuk membebaskan negeri terengganu dari kesesakkan lalulintas, rakyat terengganu perlu bangun segera membebaskan diri mereka dari pimpinan seperti mat said. mat said dan umno perlu dinyahkan dengan segera dari bumi terengganu. dengan peruntukkan berbillion ringgit malaysia tak ada satu pun projek jalan alternatif yang mampu dibina walaupun 2 jambatan baru akan dibina jauh dari jalan utama. hari raya tak akan bermakna lagi jika setiap hari raya akan dibebankan masalah kesesakkan lalulintas. minyak yang dibeli hanya dibazirkan diatas jalan diatas kebangangan mat said dalam memerintah terengganu. dua jambatan yang dibina tak mampu menyelesaikan masalah traffic jam yang semakin menggila. yang makin gila adalah rakyat terengganu kerana letih duduk dalam kereta berjam jam lamanya hanya untuk pergi beraya. rakyat terengganu terpaksa bersesak sesak sepanjang hari raya. jalan akan lenang dan lenggang selepas pukul 12 malam. umat manusia mana nak pergi beraya pukul dua belas malam. inilah pemimpin umno yang terus bengong untuk menyelesaikan masalah rakyat terengganu walaupun budget negeri tertinggi di malaysia.

jalan yang tak mampu menampung penambahan kenderaan secara mendadak ditambah dengan penurunan kadar had laju yang tak masuk akal oleh jabatan kerja raya yang disokong oleh jkjr. betapa bodoh dan bangang kedua jabatan ini, diatas jambatan had laju dikurangkan menjadi semakin perlahan hanyalah untuk mengelakkan kemalangan. semakin perlahan kenderaan semakin banyak berlaku kemalangan apakah setiap tahun jkjr akan terus melakukan penurunan had laju yang tak masuk akal, apakah suret pengarah jkjr tidak menjalankan kajian bahawa penurunan had laju secara mendadak akan menambah kemalangan. apakah kajian yang dibuat oleh suret hanya berlaku dalam biliknya sekadar kajian dari dalam bilik bukannya dialam realiti. kemalangan semakin kerap berlaku kerana penurunan had laju dengan tiba tiba berlaku diatas jambatan dari 80kmsj kepada 60 kmsj. ini kerja kerja bodoh dan bangang suret dari jkjr, setiap tahun kemalangan bukan makin berkurangan tapi menambahkan lagi kerana kerja kerja bangang suret singh.

Ulasan