islamofobia

pm malaysia nak membantu amaricana untuk menangani masalah islam fobia di negara amaricana. teror betul pm malaysia ni, kalau pm malaysia boleh jadi presiden amarican pasti seluruh negara amaricana akan islam seluruhnya. bila baca kenyataan lawak dari pm malaysia, seluruh dunia tergelak dengan kenyataan ini. bagaimanakah nak menangani islamofobia sedangkan dalam diri pm sendiri menentang islam siang dan malam, tiada waktu untuk berhenti seketika dari menentang islam itu sendiri, bagaimanakah langkah langkah untuk menangani islamofobia diamaricana sedang didalam negara sendiri pm sendiri fobia dengan islam. tiada satu langkah yang dibuat oleh pm malaysia menangani islamofobia dalam negara sendiri.

mana mana bukan islam yang meninjak kaki ke masjid atau surau, dihina dan dilarang dan diberi pelbagai amaran. apakah dimalaysia orang bukan islam tak fobia dengan islam, apakah mca dan mic dan sekutu bukan islam umno sendiri tak fobia dalam islam, uncle chua porno dan memberikan kenyataan bahawa negara islam banyak sekali terlibat dengan rasuah, jadi dimanakan rasional pm malaysia untuk membantu amaricana untuk menangani islamofobia. apakah dengan jalan menyekat mana mana sumber islam. menyekat aktiviti islam dari terus berkembang diseluruh pelusuk dunia. mana mana yang tak sesuai dengan naluri manusia dalam ajaran islam perlu dibuang dan diambil yang hanya sesuai dengan naluri manusia. hukuman islam tak sesuai dan nampak zalim dimata mereka tak perlu dilaksanakan kerana ia tak sesuai.

islamofobia tak akan lenyap jika pm malaysia sendiri pobia dengan islam. bagaimana untuk berjuang menerangkan keindahan ajaran agama islam sedangkan diri sendiri tak yakin dan percaya bahawa islam itu lengkap dan sempurna didunia. pm sendiri tak pernah yakin dan percaya kepada islam bagaimana nak menyakinkan amaricana. peliknya manusia dalam negara pejuang islam ditindas, dihina dan dikeji dan disumbat kedalam jel, ditahan isa, dihukum apa yang tak dibuat atas nama islam. mana mana yang cuba mengamalkan ajaran islam di halang, mana yang cuba membawa islam keluar dari kepompong kafir dipenjarakan atau diisakan. jadi dimana rasional pm malaysia nak membantu amarica menangani islamophobia. dalam malaysia sendiri umno menakutkan umat bukan islam dengan pelbagai perkara negatif tentang islam. apakah pm nak jadi pak pandir. menang sorak kampung tergadai.

Ulasan