anak kongkang merapu

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. anak bekas mantan pm malaysia. apa punya kenyataan sampaikan boleh keluar kenyataan yang terlalu bebal bagi seorang bekas anak perdana menteri dan juga timb menteri. kalau lah begini perangai timb menteri alamak malaysia nak bungkus makin cepatlah. kalau bodoh dan bangang tak reti nak menarik pelaburan ke malaysia jangan cakap pembangkang buat kerja bodoh. pembangkang tak buat kerja bodoh yang boleh menjejaskan ekonomi negara. pembangkang tahu yang mana nak buat dulu yang mana nak buat kemudian. pembangkang tak pernah mencemarkan imej negara dengan pelbagai bentuk rasuah bila berurusan dengan kerajaan malaysia. kadar komisen yang tinggi yang mahu dikaut oleh orang umno telah menjadi satu masalah besar dalam usaha negara menarik pelaburan ke malaysia.

cakap berpusing pusing. bapak berbelang belang anak mesti berbintik bintik kan. boleh ke pemimpin pembangkang ke luar negara cakap jangan buat pelaburan dimalaysia dan pelabur akan mendengar kata kata pemimpin pembangkang. pelabur pelabur sebenarnya dah serik dan malas nak melayan karenah birokrasi apabila nak melabur dalam negara malaysia. begitu bodoh dan bangang sangat ke pemimpin pembangkang yang sengaja nak menjatuhkan ekonomi malaysia sedangkan dimasa akan datang mereka nak mengambil alih putrajaya. dizaman daim zainudin pengimport manusia tegar apakah kita lupa apakah gelaran yang diberikan oleh pelabur kepada daim zainuddin yang hanya makan satu sudu nasik satu hari, harta berkoyan koyan sampai mampus pun tak habis makan. mr 5% diberikan kepada daim. bekas menteri kewangan yang banyak membelasah duit rakyat dan menerima komisen dari pelabur.

pembangkang tak sebodoh sebagaimana kata anak cik det. untuk menarik pelabur datang kemalaysia bukan satu kerja mudah dan ditambah dengan imej buruk dari kepimpinan umno dan barisan nasional akan menyebabkan ekonomi akan lebih cepat musnah kerana kerja kerja jahat dari umno. siapa yang nak melabur kena melalui proses birokrasi dan rasuah yang melampau. yang menanggung akibat adalah pekerja pekerja kerana kilang kilang yang beroperasi akan menawarkan gaji yang rendah kerana nak mendapatkan balik wang yang mereka terpaksa leburkan sewaktu berurusan nak membina kilang dimalaysia. mukriz jangan lupa perangai ayahnya. senang jadi timb menteri, kerja tak buat makan gaji buta lepas tu tuduh pembangkang buat kerja kotor diluar negara sebab itu tak ada pelabur yang datang untuk melabur dimalaysia.. selepas ini apa lagi mukris nak kata kalau pelabur tak nak lagi datang melabur kat malaysia.

dulu ayah mukris kata tak perlu sangat kepada fdi, kita bangunkan ekonomi sendiri kenapa pula anak cik det duk sibuk dengan fdi, apakah fikiran cik det tak boleh diguna pakai lagi kerana sekarang fikiran cik det dah banyak tak boleh pakai dari boleh pakai. kalau orang tanya kenapa fdi jatuh kat malaysia sekarang, cik det kata tak payah ada fdi tak apa kita bangunkan ekonomi kita sendiri tanpa bantuan fdi, hari ini anak cik det kata perlu lak kenapa fdi, apa kedua beranak ni dah buat berpusing pusing macam gasing je. sorang keutara sorang ke selatan. rakyat makin pening dengan karenah dua beranak ini. dulu rakyat malaysia dah gila melayan menantu dan bapak mertua yang memerintah negara malaysia. kerajaan mertua dan anak menantu abah yang memerintah malaysia. habis khazanah negara dikaut dan dijual kepada bangsa asing. sekarang timbul pulak kerajaan baru kerajaan nyanyuk. apa nak jadi dengan malaysia sekarang dan akan datang selagi umno dan barisan nasional terus memerintah malaysia.

Ulasan