air bersih dikelantan jika umno menang

Negeri kelantan akan mendapat air bersih jika pru yg ke13 kelantan dapat ditawan oleh umno. selama 20 tahun kerajaan pas kelantan gagal memberikan air bersih kepada rakyat negerinya. tok guru nik aziz hanya pakai air telaga, air tadahan hujan dan sedikit air longkang untuk rakyatnya mandi. orang yang paling teruk tak dapat mandi sampai hari ini adalah adukatarakguna kerana sejak ia jadi menantu orang kelantan sampai hari ini adukatarakguna tak mandi mandi kerana tak ada air bersih dikelantan. dulu masa kerajaan pas kelantan tinggal satu dimana mana ada gambar bakal mb umno kelantan dimerata ceruk ada memaparkan gambar awang adek menunjukkan angka satu. kasihan awang adek kerana hajatnya menjadi mb dikelantan tak kesampaian dan slogan cuma satu berkubur bersama sama impiannya dan terbang bak asap cerutnya yang berharga satu batang rm1500.00. peh mahalnya asap cerut awang adek.

dibimbangi jika awang adek menjadi mb kelantan masalah penagihan cerut akan bertambah dan asap kotor dari cerut akan menyelebungi negeri kelantan walaupun air bersih dapat disalurkan kerana itulah janji awang adek jika umno dapat kembali memerintah kelantan. teruknya kelantan sampaikan selama 20 tahun pemerintahan pas dikelantan belum mampu menyelesaikan masalah air bersih. selama 20 tahun orang kelantan minum air kotor, nasib baiklah ada umno yang boleh menyelesaikan masalah air dikelantan, tak ada umno bermakna tak ada air bersihlah. walaupun air bersih dijanjikan oleh umno namun ada maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh awang adek cuma caranya terselindung sedikit dan bagi yang memahami mesti dapat menangkap maksud tersirat awang adek. ratus ribu rakyat kelantan pulang berhariraya gagal menikmati air bersih yang mana gagal disediakan oleh pas kelantan.

maksud yang sebenarnya ialah jika umno kembali memerintah negeri kelantan, air bersih dan projek dua tiga billion akan diperkenalkan kerana duit royalti yang sepatutnya dibayar kepada rakyat kelantan waktu ini dikenali sebagai wang ehsan akan dipergunakan sepenuhnya oleh awang adek and the gang untuk mengkayakan lagi. wang royalti ini akan dibayar terus ke akaun kerajaan negeri oleh kerajaan pusat dan awang adek akan mensesah segalanya dengan segera. itulah janji awang adek kepada kroninya jika dapat menawan kelantan kembali. wang royalti bernilai berbillion billion ringgit malaysia akan mencurah masuk keakaun kerajaan negeri yg dipimpin oleh awang adek jika mimpi indahnya berterusan. itulah kerja umno sewaktu mengambil alih negeri terengganu. deris natang menarah semuanya sampai togel. awang adek menteri kewangan mesti sudah mengetahui banyak mana yang kelantan akan dapat. bukan air bersih tapi harta bersih yang akan masuk ke koceknya. rakyat dapat minum air bersih awang adek dapat duit berbillion billion.

Ulasan