sila buktikan pertemuan pemimpin pas

pertemuan pemimpin pas dengan muffin perak telah menjadi satu keriuhan di alam maya. puak puak anti kerajaan perpaduan begitu galak menulis dan mengaitkan hassan ali dan dengan harussani. perjumpaan dalam bentuk video antara hassan ali dan harussani dan juga bukti bergambar dikatakan berada dan berlegar di tangan tangan penulis blog yang ulung. tulangbesi@pengfitnah sejati hassan ali mempunyai bukti tapi berlagak alim kali ini dan gambar yang dimaksud sebagai khairudin telah dinafikan oleh ooolamak kepala lutut. kenapa ada percanggahan fakta antara pengfitnah pengfitnah ini, apakah tiada rancangan sepertimana perancangan menuduh nuar berahim melakukakan liwat satu dan liwat dua.

khalid samad yang dianggap khalifah baru dikalangan perjuang pasreform telah secara terang menuduh hassan ali berjumpa dengan harussani. sebagai orang yang mula mula sekali berjumpa dengan umno atas isu pergabungan apakah khalid samad lupa tentang hal itu. jika khalid samad betul berjuang atas nama islam khalid samad sepatutnya mengemukakan bukti bukannya menuduh dan menunggu jawapan dari orang yang dituduh. inikah pemimpin yang diagungkan. kenapa khalid samad ketua naqib usrah barbican tak berani mengemukakan bukti dan telus dalam hal melibatkan kepentingan pas. apakah khalid samad juga suka membiarkan rakyat malaysia melihat pemimpin pas sebagai pemimpin yang suka berbohong. atau khalid samad ada agenda lain sepertimana agenda tulangbesi yang mahukan jawatan ceo. khalid samad perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang diperkatakan.

penulis blog dah mulai menggaru laju dengan isu isu ini, walaupun sampai ke hari ini bukti bergambar dan video yang dikatakan oleh tulangbesi dan masih lagi bercanggah dengan apa yang dilihat oleh oooolamak kapla lutut. sepatutnya tulangbesi dan memohon maaf secara terus kepada khairudin seperti mana yang dituduhnya. kalau tulangbesi tidak memohon maaf bermakna fitnah yang dilemparkan bukannya fakta. kerja kerja fitnah tulangbesi kepada hassan ali tak akan padam selagi hassan ali tidak dijatuhkan olehnya. dendam tulangbesi mesti dibalas walaupun berita yang ditulis adalah fitnah. ooolamak kepala lutut juga telah menulis perkara ini dan dengan senang hati menuduh hassan ali berjumpa harusani untuk berbincang mengenai perpaduan melayu.

jika pengfitnah pengfitnah ini gagal membuktikan pertemuan hassan ali dan harusani adalah arahan rasmi dari pas itu bermakna mereka semuanya adalah perosak jemaah pas. kerja kerja jahanam mereka dah mulai tak kenal dosa dan pahala. fitnah dah menjadi amalan biasa para penulis blog dengan niat untuk menjatuhkan hassan ali dengan cara hina. jika pertemuan hassan ali dan harusani diatas arahan pas itu bermakna adalah pengkhianat kepada keputusan muktamar yang berlangsung. dan jika mereka ini bertemu bukan atas arahan parti sebagaimana arahan parti pas kepada khalid samad semasa perjumpaan dengan umno sebelum penubuhan kerajaan selangor. jangan lupa perjumpaan individu bukan perjumpaan atas arahan rasmi parti adalah satu perkara yang berbeza antara satu sama lain.

dan idham lim telah mengesahkan pertemuan pemimpin pas tapi bukan atas dasar perpaduan melayu. apakah lagi yang merunsingkan hati khalid samad, penarik beca, tulangbesi, ooolamak kepala lutut dan berapa blogger yang suka menabur fitnah disana sini. sampai tak boleh bertemu langsung antara pemimpin pas dan pemimpin umno, dimanakah anda semua belajar sampaikan tak boleh bersua muka antara satu sama lain. kalau pemimpin pas dan pemimpin umno berjumpa mesti nak bawak pas masuk umno. kalau perjumpaan dua saudara yang berlainan parti adakah itu juga nak bawak pas masuk umno. bagaimana kalau khalid samad berjumpa dengan shahrir apakah itu juga khalid nak bawak pas masuk umno? kalau ada gambar orang ambil dan shahrir dan khalid berjumpa di waktu lain apakah tidak akan timbul prasangka buruk? adik beradik lagi senang berbincang hal perpaduan melayu kerana kedua adik beradik ini adalah melayu. boleh ke aku menulis yang aku syak khalid samad akan ditarik masuk dan membawa pas ke dalam umno kerana abang dia seorang pemimpin umno? walau bergaduh macamana sekalipun tali persaudaraan bukan mudah nak diputuskan. boleh ke begitu? jawapannya ada dalam hati masing masing. tepuk dada tanya iman.

Ulasan