pas wajib menang

isu perpaduan melayu antara pas dan umno, dalam isu ini umno berjaya memusing 360 darjah untuk menjadikan pas berada dalam keadaan serbasalah. serangan yang bertali arus menyebabkan pas terpaksa banyak menghabiskan masa untuk bertahan. ini tak sewajarnya berlaku diarus masa sekarang. pas sepatutnya dah mula menyerang atau dengan kata lain, pas perlu mencipta isu yang lebih relevan untuk menenggelamkan isu isu perpaduan melayu yang disumbat bukan setakat dimata, sekarang disumbat kedalam perut mata dan usus sekali. derita rakyat tak dihiraukan langsung oleh umno. kerja umno hanya untuk menjadikan isu ini menenggelamkan isu isu yang menggangu kesejahteraan rakyat. umno cuba mengstorkan isu isu kenaikan minyak yang membelenggu rakyat bagaikan rantaian besi melingkari tengkuk rakyat.

pas dan pemimpinnya perlu segera mencipta isu atau mematikan isu isu bangang ini dengan segera. walaupun umno menghabiskan berjuta juta rm untuk menjayakan isu isu yang bangang ini. pas mesti nampak segar dan bertenaga untuk menangkis dan menahan asakan menggila umno. kerja kerja menyerang sudah perlu diwaktu ini. para blogger sibuk menyerang pas sekarang dah biarkan blogger juga menanganinya. pemimpin pas dengan think tank perlu segera bertindak untuk menaikkan isu isu lain. dimana mana negeri pas nampaknya bertahan dalam situasi sekarang. pas perlu menolak isu untuk difahami oleh rakyat. kerja kerja parti sudah bermula tapi nampak sangat perlahan bagaikan ekonomi yang dijanakan oleh umno. walaupun umno memiliki apa saja tapi pas juga memiliki apa saja. selama ini pun pas masih berjaya walaupun tak memiliki media massa yang canggih. tanpa blog pun pas masih berjaya mengharungi pilihanraya.

pertarungan perpaduan melayu ini nampaknya tak ada surutnya. nampaknya pas sendiri bermain dengan permainan yang dilancarkan oleh umno. waktu terdekat biarkan umno bermain sendirian dengan isu yang dicipta. pas mempunyai pengalaman dalam padang permainan umno, usah bermain dipadang mereka, ajak mereka bermain dipadang kita. walaupun pas sekarang diserang oleh pengikutnya sendiri tapi pas perlu jelas dengan langkah baru. pastikan matlamat yang ada diluruskan. penyokong dan ahli yang sibuk mempertikaikan keikhlasan pas tak perlu dilayan sangat. pas boleh tolong garu belakang mereka jika mereka ini terlampau gatal sangat nak menggaru. walaupun tak segatal mana mereka ini suka sangat menggaru kerana sudi kejadian mereka. gatal atau tidak garu tetap garu baru nampak asal usul kejadian mereka. mereka tak akan tunduk pada penjelasan atau apa saja. bagi mereka hanyalah golongan mereka saja yang maksum dan bijaksana.

Ulasan