pas terengganu sinonim dengan kalah? 1

pas terengganu ke pas pusat ke memang akan merasai kekalahan dalam pertarungan dalam pru ke prk ke. pas sentiasa bersaing dengan umno tak kira diwaktu kuat atau kalah teruk. walaupun yang paling utama walaupun pas kalah dimana jua, jarang sangat pas akan hilang wang deposit. dimana jua pas bertanding akan pasti ada perlawanan dan yang pasti umno tetap pening kepala dari dulu kini dan selamanya. umno mempergunakan apa saja jenis agensi kerajaan untuk memastikan umno terus menang dan menang. pas cuma ada gigi dan lidah sahaja. inilah parti tok lebai sepanjang zaman.

pengkritik pas timbul selepas kejayaan pakatan rakyat menang di 5 negeri, hebatkan menang di 5 negeri. pas menumpang kejayaan di perak, selangor dan kedah, di penang pas dijadikan kacang kuda sahaja. ada ke tak ada ke sama sahaja. menang disatu kerusi dulu sampai sekarang. dan apakah pas dipenang akan berkubur, jawapannya pasti tidak, pas akan tetap subur dimana jua ia berada. pas terengganu hanya pandai berceramah dan orang dah tak pergi dengar lagi ceramah dan ketinggalan zaman kata penulis hebat. analisa kemenangan pas di teluk pasu diwar warkan bahawa atas kerjasama semangat 46. setahu aku semangat 46 hanya wujud dinegeri kelantan. dikampung aku sendiri hanya orang pas yang jadi semangat 46, yang benci pas bergabung dengan semangat 46 menanggotai jemaah islah. mengasingkan diri dari jemaah pas kerana bergabung dengan s46.

diterengganu waktu itu, hanya shabery cik sahaja yang belum berbuih buih. shabery cik adalah anggota s46 dikemaman. ucapan berapi shabery cik boleh didengar di banggul peradong dan aku adalah salah seorang pemanjat pokok memasang pembesar suara waktu prk dun teluk pasu. ramai yang bercakap ini adalah hasil kerjasama pas dan s46. waktu itu s46 diteluk pasu hebat sampaikan aku pun jadi anggota s46 kerana masalah pondok panas s46 tidak berfungsi langsung dan bimbang umno akan menggunakan isu ini jadilah sebahagian anggota pas sebagai orang s46. bangsal panas s46 di telari, guntung luar, jeram, petai bubus lumpuh sebagaimana lumpuh pkr dihulu selangor. orang s46 dah lari kerana tak tahan dikejar oleh sb sb waktu itu. orang pas dah biasa dengan keadaan panas diwaktu mengundi dan mereka ini dilatih menjadi penahan asakan sb dimana mana sahaja. apakah kerja kerja grossroot ini dilakukan oleh s46 atau ada lagi orang yang menulis pas menang kerana s46.

jangan lupa waktu prk teluk pasu berlangsung. pas memang diketahui akan menang kerana pusingan itu adalah pusingan untuk pas. penduduk teluk pasu berjaya membuat yb yb kawasan itu tak lena tidur kerana apabila silap percaturan mereka boleh menaikkan dan menjatuhkan sesuatu parti. markas besar banggol peradong begitu besar waktu itu, masak nasik untuk pekerja pekerja parti adalah dalam periuk kawah dan hanya ikan masin menjadi lauk utama. batang kayu getah menjadi apinya dan beras usang adalah sajian utama. aku masih tak lupa dengan kenangan itu, jadi kalau orang atau penulis yang hebat menulis benda benda bodoh aku sangat marah kerana menulis depan pc adalah berlainan dengan realiti. penulis merasakan mereka hebat kerana menyertai demostratasi jalanan, demo bersih, reformasi, padahal orang pas menempuhi semua itu lebih hebat dari itu. oleh kerana kerap sangat berdemo mereka merasakan diri mereka amat hebat kalau yang tak sertai tak hebat.

Ulasan