pas tak perlu penglipura

pas perlukan pemimpin yang berjurus bukannya telunjuk kurus kelingking berkait. pas tak perlukan penglipurlara atau tok selampit. pas perlukan pelapis pemimpin yang tahu masa nak berdepan dengan masalah bukannya menimbulkan banyak masalah kepada parti. kalau pemimpin pas banyak bercerita khayalan penyokong akan menjadi mat jenin. kalau pemimpin pas yang suka lebih sudu dari kuah nescaya ahli pas akan jadi kaldai bawak kitab. pas perlukan yang banyak menghabiskan kepintaran dengan menghadapi musuh bukannya banyak menimbulkan onar dalam jemaah.

kalau setakat buat hikayat yang boleh menimbulkan persepsi negatif lebih baik berzikir dan diam lagi baik. mulut jangan jadi mulut tempayan. menulis hikayat yang tak ada kena mengena dengan situasi pas sekarang. pas perlu mendominasi bukan jadi tukang karut. dominasi pas perlu berterusan sekarang dan pemimpin pas kena bersatu bukan menjadi gunting dalam lipatan. fajar pru dah mula menyinsing tapi kerja kerja kearah pru belum bermula, semua duk sibuk menyerang pemimpin pas, lepas diberikan penjelasan dicari dan digali lagi masalah remeh temeh, kalau dah dijawab pun diselongkar pula bawah pasu, dalam kasut buruk takut takut ada lagi yang boleh ditulis dialam maya. kalau tak jumpa, boleh adakan cerita dan cerita fitnah boleh disambung oleh blog sahabat yang sehati sejiwa dengan setan.

baca hikayat ini sedap meleleh air liur tapi yang tak sedapnya pengakhirannya seaakan tak mati dan penjelasan yang diberi ada yang tertinggal, plot nampak longgar sedikit, walaupun dah dialter tapi nampaknya tak juga nampak naif dan tiada kejujuran dalam berhikayat. akhirnya hikayat menjadi air ludah dan tuan punya hikayat mematikan ayat dalam keadaan ayat tergantung. tiada penjelasan yang benar konkrit dalam penjelasan dan yang dapat dibaca hanyalah fitnah sahaja. walaupun dikatakan pemimpin no wahid perjuang di selangor yang menentang penyatuan umno dan pas, tapi sikapnya menjurus kepada lebih umno dari umno. umno selangor tak gunakan isu tersebut untuk menyerang pemimpin pas tapi pemimpin barbican menggunakan isu tersebut lebih dari wirid selepas solat. banyak sangat masa boleh tulis lagi hikayat 1001 malam. lagi hebat kalau dapat tambah menjadi 2002 malam ke.

" tiada penjelasan - siapakah ayah kepada anak pembesar negara" tak di terangkan dengan jelas, hanya jelas panglima tua, ular dipokok, anak pembesar negara tapi tiada keterangan kepada pembaca " siapakah ayah kepada anak pembesar negara" hikayat terhenti kerana penulisnya dah mabuk barbican...... sambung selepas bangun dari mabuk atau terhenti idea fitnah dihentikan oleh tuhan

Ulasan