melayu yang tipu melayu

pemimpin umno mendabik dada mereka adalah perjuang bangsa melayu tulen. dialam bangsa melayu tiada lagi pertubuhan atau organisasi yang hebat yang membela melayu selain dari umno. kalau umno berjiwa dan bertubuhkan melayu pasti nama umno dah lama dipadam dari sejarah. umno dieja dari ejaan english, jadi bagaimanakah umno dan membela nasib kaum melayu. nama umno pun tak berani nak ejas. apakah melayu perlu lagi percaya kepada umno. umno sepatutnya tak berani lagi berteriak dan mengaum nyaring mengatakan mereka adalah pejuang bangsa melayu terulung di seluruh dunia. perkara pertama yang perlu dilakukan oleh umno adalah menggunakan perkataan yang menggambarkan kecintaan mereka kepada bangsa melayu. (pertubuhan kebangsaan melayu bersatu ) atau PEKEMBAR. oleh itu mulai dari hari ini umno hendaklah di kenali sebagai nama PEKEMBAR.

sepanjang 64 tahun pemerintah dinasti umno dan dibawah 6 maharaja, pekembar selalu melakukan perkara perkara yang selalu menyusahkan masyarakat melayu. jarang sekali umno atau pekembar melakukan tindakan yang boleh menyenangkan masyarakat melayu. perkara yang paling kecik pun pekembar tak melakukan demi ketuanan melayu yang selalu diagungkan oleh pemimpin pekembar. syarat nak naik motor kaum melayu perlu pakai topi keledar kaum sikh tak perlu pun pakai topi keledar. jadi apakah ini tindakan menyenangkan kaum melayu. tidak jawap jadi menyusahkan kaum melayu, jadi bagaimana pekembar nak mengatakan yang mereka adalah perjuang bahasa melayu. di dalam kad pengenalan pun nama bangsa tak wujud lagi, jadi boleh tak kita kenal yang mana melayu dan yang mana cina dan yang mana indianya. kalau zambry mb perak dijumpai dalam hutan rengas kat terengganu apakah orang melayu terengganu mengatakan dia itu melayu atau mamat bangla mana yang ada dalam hutan terengganu.

pekembar adalah satu parti kaum pertama didunia yang memperjuangkan nasib bangsa lain lebih utama dari bangsa sendiri. siapa yang makan gula paling banyak, bukan ke melayu, siapakah yang menggunakan minyak kereta 95 kalau bukan melayu. jadi dimana betulnya umno membela melayu. pekembar tak membela melayu di melanyak, menjahanamkan melayu dan menjadikan melayu merempat dibumi sendiri. mat said contoh terbaik merobohkan masjid bujal, apakah disitu bukan orang melayu yang sedang solat, tak ada bangsa asing pun di situ selain bangsa melayu. siapakah yang menghalau melayu keluar dari tanah rizab melayu kalu bukan umno. umno tak pernah sesekali menolong umat melayu. banyak mana rizab tanah melayu yang tergadai ketangan orang asing. contoh kanun tanah negara, 10 ekar tanah melayu tidak boleh dijual kepada bangsa asing tapi 10 ekar ke atas boleh dijual kepada warganegara asing, bijak atau bangang kerajaan pekembar. kalau dah jual 10 ekar lebih makin besar le pegangan orang asing kepada tanah melayu. tanah melayu makin kecik.

penipuan pekembar kepada orang melayu terus berlaku tapi melayu terus beri sokongan kerana dah di sihir dengan perkataan perjuangan bangsa melayu. melayu tanpa umno lebih baik, sihat dan cergas, adalah pekembar melayu semakin layu dan semakin hilang ditelan globalisasi, rasionalisasi, dan berapa perkataan yang diakhir dengan si, kalau si dalam cina bermakna sial. dan percayalah bahawa pekembar adalah satu organisasi yang hebat menipu dan menjahanamkan bangsa melayu. sedarlah wahai bangsaku, aku memohon agar bangsaku bangun dan menentang pekembar, aku tetap melayu sampai bila bila pun. dan yang membodohkan melayu dan melahirkan melayu tak sedar diri adalah pekembar. banyak lagi yang pekembar buat yang terang terang membodohkan bangsa melayu. kaum lain tak akan berani memperbodohkan kaum melayu kecuali kaum itu sendiri yang membodohkannya.

Ulasan