ksn mulai campur tangan

penang akan menghadapi masalah dengan penjawat awam. lge menyerang penjawat, itu akan dilekat di minda penjawat awam. setelah hampir 50 tahun penjawat awam di bawah kekuasaan umno manakan mungkin akan berpihak atau berada ditengah tengah. masalah yang timbul mungkin perlu tindakan bijak bukannya menyerang seperti yang dilakukan oleh lge kepada sdo. sdo sdo sudah lama berada dikelantan dan telah melakukakan apa saja atas titah perintah umno, kalau melihat kepada sejarah pengkhianatan pegawai persekutuan kepada negeri yang diperintah oleh kerajaan bukan umno. pegawai pegawai persekutuan yang dihantar adalah yang telah diketahui betapa umnonya mereka terlebih umno dari orang umno sendiri.

inilah salah satu cabaran yang seringkali dihadapi oleh pemimpin parti yang berkuasa selepas tumbangnya umno. pegawai pegawai yang ada sebenarnya amat setia dan memang diketahui diambil bekerja kerana sokongan mereka kepada umno. jadi bagaimana nak menjadikan penjawat awam akan memberi sokongan kepada kerajaan baru, penjawat awam akan terus memberikan masalah kepada kerajaan baru. banyak rahsia kerajaan baru akan jatuh ketangan umno dengan mudah sekali. kerajaan pakatan rakyat perlu segera sedar dengan keadaan ini. jika keadaan ini tidak diuruskan dengan sebaik mungkin ia akan menjadi kanser yang mudah merebak. segala perancangan kerajaan bukan umno akan mudah diketahui oleh umno. umno dengan mudah menafikan apa saja perancangan kerajaan negeri dengan konsep federalisme.

jangan kita lupa bagaimana perangai bos suk di perak apabila kerajaan pakatan rakyat tumbang, dengan gaya lagak gangster menghalau nizar dan para exconya. begitulah setianya penjawat awam kepada umno. umno laksana tuhan bagi mereka dan memberikan mereka rezeki kepada mereka. umno yang mengambil mereka dan mereka lupa yang membayar gaji bukan diambil dari poket pemimpin umno tapi duit rakyat. bukan semudah itu nak membasuh otak otak pegawai kerajaan yang sudah imum dengan situasi umno. umno boleh mendapatkan apa saja dengan mudah termasuk fail fail sulit dari dalam jabatan kerajaan negeri. sifat khianat mereka akan makin terserlah jika mereka dibela oleh ketua mereka terutama ksn. ksn mengatakan mereka akan taat kepada pentadbiran baru itu hanya cakap cakap kosong kedai kopi. apa yang terjadi hanya kerajaan negeri pakatan rakyat yang merasainya.

mereka ini tak ubah seperti parasit yang akan menghisap darah kerajaan baru. kerajaan baru bersikap mahu berbaik baik dengan penjawat awam akan dipergunakan dengan sewenang wenangnya. mereka akan memanipulasikan keadaan jika pemimpin kerajaan baru terlalu bersangkabaik dengan mereka. apa jua tindakan mereka akan dialihkan kepada tindakan kerajaan baru bukannya mereka. pentadbir kerajaan baru berharap mereka akan taat dan setia kepada kerajaan pilihan rakyat tapi mereka akan menjadi gunting dalam lipatan. mengunting urat saraf dan juga urat nadi bagi memudahkan umno menjalankan jarum jahat mereka. jadi kerajaan pakatan rakyat perlu segera berhati hati dengan pegawai pegawai negeri atau pegawai pegawai dari kerajaan persekutuan. selidikilah latarbelakang mereka kalau boleh sebab itu lah yang sebaiknya. kepincangan kerajaan baru sebenarnya adalah perbuatan sabotaj dari penjawat penjawat awam yang khianat. ustaz azizan dah mulai terasa bahang kerana terlampau bersangka baik dengan pentadbir pentadbirnya. nizar dah merasai jahatnya penjawat awam.

Ulasan