kapak tumpul menjawab persoalan kapaktajam

aku ingatkan hanya pasreform ada soalan untuk tokguru haji hadi, ada juga blogger yang menyembunyikan diri bertanya tapi menikus. susah nak masuk blog kapak tajam, jadi aku ambil keputusan nak jawab sebagai seorang tukang tampal poster pas semenjak dari dulu lagi tanpa adanya angkatan perpaduan ummah, tanpa pakatan rakyat, aku tetap warganegara pas dan penyokong pas. aku tetap sokong pas walaupun waktu itu nuar berahim menjadi timb. perdana menteri. aku akan cuba menjawab sebagai penyokong pas, dan kalau jawapan aku tak memberikan apa apa nilai pada kapaktajam tak apalah. aku hanya penyokong pas dan aku bukan penyokong fasa fasa tertentu dalam pas dan juga aku hanya wala' thiqah kepada pemimpin. aku akan berada disini selagi pemimpin pas tak menolak alquran dah alhadith.



selama 52 tahun umno memerintah apakah tak terbela kaum melayu ditanah melayu, jawapannya ya dan tidak dan lebih banyak tidak dari ya. kaum melayu yang terbela adalah dari golongan umno semata mata itulah jawapan ya dan yang tidak pula, apakah golongan kaum melayu yang menyokong pas diberikan kebebasan dalam memilih parti. jawapannya tidak. kaum melayu yang menyokong pas jika sekiranya berkhidmat dengan kerajaan akan ditukarkan ke kawasan pendalaman. ustaz ustaz akan dipindah ke sabah dan sarawak. contoh yang baik pada masa deris jusoh mengambil alih kerajaan dari tangan pas, pegawai kerajaan yang dikatakan condong kepada pas dipeti sejukkan agar supaya cepat berhenti, yang paling awal dicantas adalah calon dato suk yang mana sekarang bergelar yb di dun ladang. apakah yang dikatakan membela melayu yang dimaksudkan oleh kapak tajam, masuk universiti itu dikira membela kaum melayu ke, bagaimana persediaan untuk masuk universiti, kalau umno itu baik dan membela kaum melayu PTPN tak akan diwujudkan dan caj 4persen tak dikenakan. itu yang dikatakan membela kaum melayu.



ketirisan dalam projek yang mega atau projek berskala kecil tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan umno, habis siapakah yang patut dipersalahkan. salah kepada kontraktor. siapakah yang memakan duit komisen akibat kenaikan harga projek yang tidak masuk akal, cthnya ketirisan projek membina taman tamadun islam yang sekarang ini menjadi gajah putih, apakah kebaikan kepada pembinaan ini yang memakan perbelanjaan 500 juta. itu hanya contoh banyak lagi contoh yang mahi diketengah tapi kalau kapak tajam merenung jauh kedalam pasti bertemu apa jua jawapan yang diutarakan tapi keputusan masih ditangan kapak tajam. oleh kerana ketirisan projeklah rakyat makin menderita kerana wang subsidi dihabiskan untuk membayar harga harga projek yang tidak masuk akal. kalau subsidi ada tidaklah rakyat miskin menderita, tahun ini akibat kenaikan harga minyak seramai 300 ribu tidak akan dapat beraya dikampung kerana perkhidmatan pengangkutan awam tak mahu menanggung kerugian akibat kenaikan harga minyak, apakah kapak tajam lupa yang kerajaan kata tiada kesan kepada rakyat akibat kenaikan harga minyak. habis camno dengan kata pengusaha bas yang tak mampu menanggung kos akibat kenaikan harga minyak.



kenapa pas beria ia menjadi jaguh dalam pr, pas perlu kuat dalam pr kerana umno juga berlagak kuat dalam umno. apakah hanya umno yang boleh menjaga agama dan bangsanya. tanpa umno bangsa melayu lebih mulia kerana umno dah banyak menipu kaum melayu dan menindas. dimana kapak tajam belajar sampaikan tiada parti lain yang boleh menjaga kaum melayu dan agamanya? umno perlu diganti kerana banyak sangat kemusnahan yang dibuat kepada kaum melayu. sampai hari ini orang umno tidak membuktikan bahawa mb perak mengadaikan tanah kepada cina sepertimana kata kapak tajam, kapak tajam hanya pandai berkata kata tapi tiada bukti hitam putih, buktikan mb nizar dah gadai tanah melayu kepada cina dan melacurkan agama. banyak mana masjid diperak yang diruntuhkan sepanjang pemerintahan mb nizar. walaupun 6 lawan 18, mb dibekalkan kuasa executive jadi kuasa mb tiada tolak banding. jangan jadi bodohlah, kalau orang itu menjadi mb, dia boleh lantik dan boleh buang exco dan boleh menggunakan kuasa executive untuk membuat apa saja. kapak tajam ni buat tak tahu ke atau memang tahu cuma hanya menyoal bagi menyedapkan persoalan. satu lagi untuk kapak tajam kalau pas memenangi semua kerusi yang ditandingi samada diparlimen atau dun, pas tetap akan berkuasa penuh dan melayu tetap berkuasa. diperak dap hanya mampu memang sebanyak 18 sahaja dan tidak lebih dan kurang itu sahaja kekuatan dap.



sebab apa british bawak balaci cina dan india sebabnya pembesar melayu yang menyokong umno kita merdeka songsang. onn jaafar yang menjadi pelopor kemerdekaan akhirnya mati diluar umno. onn jaafar tak mati dalam umno kerana dia sudah tahu umno akan membawa malapetaka kepada kaum melayu. bersyukur dengan pemimpin yang ada sekarang, kah kah kah lawak le kapak tajam ni, cuba hang pergi ke johor hang tanya orang johor dah banyak mana umno gadai tanah orang melayu ke singapura? umno yang menjual singapura kan bukannya pas, jangan kapak tajam lupa sejarah pula. kerana pemimpin yang ada sekaranglah rakyat melayu merempat, pengurangan subsidi, biasiswa digantikan dengan pinjaman. harga minyak dunia tak naik tapi pemimpin umno yang disanjungi kapak tajam menaikkan harga minyak, hebatnya pemimpin umno.

umno tak amalkan dasar pecah dan perintah ke? umno belajar dari british, banyak kawasan melayu dipecahkan dan digantikan dengan kawasan luar bandar, pembahagian ekonomi dibuat oleh british dan bila umno mengambil alihnya dia mengekalkan status quo. jangan kapak tajam lupa bagaimana umno juga mengamalkan pecah dan perintah. dikawasan dun yang diwakili oleh pembangkang tiada pembangunan dibuat. itu dikatakan sebagai pengajaran kepada rakyat yang menyokong pembangkang. itu dinamakan apa wahai kapak tajam.

apakah hebatnya umno sampaikan pemimpin lain tak boleh menggantikan umno, aku tak nampak sangat kehebatan pemerintahan umno, aku jadi heran dengan orang umno ni, kenapa pemimpin lain selain dari pemimpin umno tak boleh memerintah malaysia, apakah malaysia dah dipusakakan untuk pemimpin umno sahaja? kenapa pas tak boleh perintah malaysia bersama sama dengan pakatan rakyat? kenapa umno dan barisan nasional boleh memerintah. aku tak nampak langsung kaitan itu. bagi aku umno dan barisan nasional tak layak memerintah kerana umno banyak sangat menyeleweng dari betulnya. sebagaimana aku berbangsa melayu dan aku yakin kapak tajam juga berbangsa melayu, kenapa umno tak boleh membiarkan pas pula berkuasa ia juga berbangsa melayu. tiada cacat celanya pemimpin. pemimpin pas juga beragama islam. pemimpin pas juga pernah berjuang demi tanah air.

pas tak pernah menolak dasar berbaik baik, pas pernah berbaik baik dengan umno dan akan baik dengan umno walaupun umno dah tak berkuasa lagi. oleh kerana kapak tajam dan aku sebangsa iaitu bangsa melayu, apakah salahnya umno mengikut pas kali ini. kenapa pas perlu ikut umno, umno perlu ikut pas kali ini, jangan khianat kepada bangsa sendiri. jika umno ikhlas dengan salam perpaduan, umno kena ikut pas, kenapa umno degil sangat tak nak ikut cakap pas, pemimpin pas adalah berbangsa melayu, kenapa pas aje perlu ikut umno, kalau umno betul betul ikhlas umno perlu segera ikut pas.

salam untuk kapaktajam, kapak tajam perlu ikut pas dari terus ikut umno, jadilah penyokong pas dulu sebelum memberikan hujah hujah yang tak masuk akal langsung. apakah kapak tajam mahu lihat kaum melayu terus menderita, jadi kapaktajam perlu masuk pas dan keluar dari umno, kapak tajam kena jadi orang yang pertama dalam menjuarai kaum melayu. kapak tajam perlu menilai dengan hati bukannya nafsu. pas akan memimpin putrajaya dan umno akan terus berangan angan membela kaum melayu. tepuk dada tanya iman. banyak bezanya pas dengan umno kalau kapak tajam mencari kebenaran.

Ulasan