jangan layan suara umno

kenapa pemimpin suka sangat melayan suara suara umno dalam isu perpaduan melayu, jika pemimpin pas tak melayan kerja kerja bangang umno pasti umno dah kehabisan suara untuk meneruskan kerja kerja jahat mereka. jika sekali salakan umno dibalas dengan suara menghalau ia akan tetap datang balik. biarkan umno menyalak senyaring mana pun, lama lama kering air liur pasti umno dah bosan untuk menyalak kepada orang yang tak melayannya. hentikan semua jawapan atau kenyataan media kepada media massa umno atau kepada apa saja yang bertanya. tak kiralah muffin ke kek cawan ke non gomen organisasi ke atau siapa saja pencacai umno atau juga penyokong pas yang tak bayar yuran atau organisasi haram. jika tiada respon dari pas bermakna umno akan mati kering dalam menjaja isu perpaduan melayu.


umno akan berhenti bercakap isu melayu jika pas tak menyambutnya, diam lagi baik, atau jawab no komen. muffin kat perak tak nak masuk neraka jadi biarkan dia dengan amalan yang boleh menjuruskan muffin masuk syurga tanpa dihisab jika dia dapat menyatukan melayu. satu kejayaan bagi muffin perak jika dia berjaya menyatukan melayu. oleh kerana muffin perak seorang saja yang tak mahu masuk neraka jadi kita biarkan dia buat kerja dia. mana tahu aku boleh tengok kereta muffin kat masjid rhusila, kat masjid kubang lembik atau di masjid kemaman atau juga di rumah tetamu mat said atau juga bersenda dengan yusof nor di besut yang pernah hebat suatu ketika dulu. muffin perak boleh berkunjung di rumah tok peti di batu buruk kuala terengganu atas nama dasar penyatuan melayu. biarkan dia jangan kaco dia, dia yang tak mahu masuk neraka. biarkan orang lain masuk neraka.


banyak lagi isu terutama yang melibatkan kenaikan harga minyak boleh dilaungkan, itu yang lebih baik dari melayan karenah umno dan pencacainya. jika pas terus melayan suara suara sumbang umno pasti akan ada kenyataan yang akan bercanggah antara satu sama lain dan akan ada yang mencalar luka yang sedikit menjadi kanser yang teruk. suara sumbang dah mulai berkumandang di alam internet. organisasi haram dah mula kembali menerjah setelah gagal melanggar hatta seekor kambing pun. siapa yang berani melayan organisasi haram seperti pasreform yang diketuai oleh mamat yang akan berhijrah ke sungai buluh nanti. jika pas melayan organisasi haram bermakna pas akan ditimpa musibah. kalau nak layan pun layan sekadar layan layan lalat sudah.


suara suara naqib barbican dah kembali bergema. jadi pas kenalah menari jangan mengikut gendang yang dipalu. kita ada irama kita sendiri, kenapa mahu mencampur irama lain yang melalaikan perjuangan kita dalam usaha memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat didunia dan akhirat. kalau kita salah berkali kali pun kerana rakyat pasti kita akan beroleh kemenangan walaupun bertahun tahun mencuba. jangan masuk irama mereka kerana irama mereka membawa padah dan rebah kepada perjuangan kita untuk rakyat. walaupun tarian mabuk yang dipersembahkan bukan bermakna kita kena menari seperti mereka. jangan lupa musuh sentiasa mencari kelemahan pas. pas perlukan sokongan bukan sokongan membawa rebah dan padah. hentikan segara layanan kepada umno dan suara suara mabuk dari luar.

Ulasan