denyut nadi pas

pas terbina dengan adanya manusia yang ikhlas berjuang. nadi pas adalah dari pak lebai, orang miskin, orang yang mahukan islam memerintah malaysia. orang yang beriman dan yang pasti adalah insan yang mahu iman terus berada dihati hati anak muda sehingga hari kiamat. pas bukan terbina dari manusia manusia yang bersifat pendendam, buruk sangka, jahat, khianat dan menimbulkan hura hara dalam jemaah. nadi pas akan terus berdenyut jika manusia manusia yang inginkan iman terus tersemat dihati sehinggal allah menjemput dia pulang. dan denyut nadi pas akan makin perlahan jika ada yang terus menerus merosakkan pas dengan niat untuk membetulkan pas dari kesalahan dengan erti kata lain mahu jadikan pas sebersih bersihnya dan maksum dari segi noda dan dosa. pas tak boleh nampak langsung berdosa.

pas akan terus teguh kecuali ada manusia dari dalam yang menebuknya walaupun dengan niat yang baik. niat baik adalah untuk membaiki akhlak, iman dan hala tuju pemimpin tak berbaik dengan umno, walaupun solat tak tinggal puasa tak tinggal jangan langsung berjumpa dengan orang yang berhati umno. yang penting jangan jupa dengan orang umno. siang malam mencari apa saja kesalahan pemimpin pas, gali disana gali disini, kamera dan video sentiasa disisi mana tahu terjumpa ada pemimpin pas sedang menghirup sup kaki kaldai bersama pemimpin umno. tak boleh bersembang dengan orang umno, dalam dewan pembangkang sedang sibuk berlawan dengan apco, kalau dahaga pun kena minum dalam gua tak boleh dekat dengan orang umno. hatta bermimpi bersalam salam dah menyapa pun tak boleh. tersasul sebut dalam ceramah pun dikira dah ada hati nak bawak pas masuk umno. nafi pun mana ada orang percaya sekarang. buat kenyataan akhbar pun tak laku punya sebab dah banyak sangat kesalahan dilakukan. berdosa berjumpa dengan orang umno ni.

nanti ada le jawapan dari blogger bangang ni, tak boleh jumpa orang yang diklasifikasikan umno yang bersalah yang mahu menarik pas masuk umno. umno akan memujuk merayu pemimpin ke penyokong ke ahli ke masuk umno dengan apacara sekalipun. itu akan tetap berlaku sehingga keduanya berkubur dialam maya ini. dan begitu juga pas akan berusaha menarik orang umno supaya masuk pas. inikan sudah jelas dimana mana pun. kesan tak besar sangat kecuali dah jadi lidah celaka maka keadaan yang tenang akan terus bergelora dengan tulisan tulisan yang hebat. diulang ulang seperti iklan pasti akan diingati sampai bila bila. walaupun melayu mudah lupa tapi kerja kerja jahat tak mudah dilupakan. kajian pun dah dibuat jadi apa yang nak diherankan. kehilangan subsidi gula, tepung dan minyak pun ramai yang bersetuju.

perjuangan kepada arah individu dah bermula, sekelompok manusia cuba membawa manusia lain ke arah yang akan menyelarikan pendapat mereka. kalau benar pun akan dicuba untuk disalahkan. cari aja jalan yang boleh menyalahkan pihak lain. pas nak mampus ke nak terkubur ke apa peduli, pas dah menyimpang dari dasar yang ditubuhkan dulu. pemimpin pas yang nak berselingkuh dengan umno wajid dijatuhkan walaupun dah dijawab dengan terang dan fasih. jawablah macamana pun akan dicari dan diputarkan jawapan itu. selagi manusia yang lidah bercabang cabang dan bangga dengan ilmu yang mereka ada pasti akan terus memutarkan tulisan. maklumlah pengikut aje dah berjuta di alam maya. tulis aje semua orang percaya. orang tu dah nafi pun dikatakan bercakap bohong cari lagi maklumat supaya dapat ditulis lagi tentang keburukan yang boleh merosakkan pas. semua jawapan dah tersedia dan boleh diputarkan. selagi hidup dah selagi lidah boleh bertutur dan selagi jari masih lagi menari diatas keyboard.

Ulasan