dah bersedia pakatan rakyat? vote

pakatan rakyat dah siap sedia untuk melakukan henjutan terakhir ke putrajaya. data pemilih baru dah berada dalam gengaman atau bagaimana. pemilih baru yang diserapkan kedalam data pemilih lama dah dibaca dan dikhatamkan dengan fasih atau masih ada lagi data yang tertinggal dan akan dibawa masuk dengan sah oleh spr. bagaimana dengan proses bantahan dan tuntutan dah bermula. apakah tindakan pakatan rakyat. jangan biarkan perkara asas begini menjadi satu kerja yang ditinggalkan. inilah perkara wajid yang sepatutnya dijadikan kerja harian dan juga rutin bagi parti politik. jangan bercakap berdegar degar dalam ceramah. menulis dalam blog dengan pelbagai fakta huraian tapi soal asas demokrasi tak tahu hala lagi. buat kajian di mana pun tanya muda mudi sapa pemimpin yang disukai tapi tak tanya dah daftar mengundi ke belom? itulah soalan paling wajar yang dikemukakan bukannya siapa pemimpin yang disayangi. bodoh punya soalan.

kalau menulis hebat pun kerja kerja berkaitan dengan proses demokrasi tak tahu macamana pakatan rakyat nak menang. proses pendaftaran sendiri pun tak tahu. apa dia borang a, apadia borang tuntutan dan borang bantahan. borang borang ini pun masih tak tahu bagaimana bercakap hal politik. politik kaldai le tu. bawak je barang tapi tak tahu apa barang yang dibawak atas belakang. menulis bermacam macam tapi daftar sebagai pemilih pun tak habih macamana. memangkah belom tentu lagi nak masuk pusat mengundi pun tidak. ada yang mengundi jauh dari rumah pun tak reti reti nak bertukar alamat. dalam blog bukan main sedap lagi fakta yang ditulis bagi pihak pakatan rakyat perlu buat. pr perlu buat ini pr perlu buat itu. ceramah tak perlu kena buat cara baru, cara millinium cara masa depan.

taklimat tentang poli agent, counting agent, voting agent dan beberapa agent lagi termasuk agent perisik luar jangka. poli agent pun kena jerkah dengan pegawai spr, mari lewat pun tak berani nak masuk pusat mengundi, habis bagaimana kalau ilmu tak ada. orang cakap politik kita cakap politik. bilang undi pun tak tahu. nak tulis borang check list pun tak tahu. tak termasuk lagi tentang undang undang dan akta pilihanraya. yang senang pun masih teraba raba. lepas pilihanraya tulis dalam blog, pas ini pincang, pas runcing, pas herok, pas senget tapi ahli dia tak bayar yuran tak ambil tahu pasal pilihanraya ambik tahu sangat perjumpaan pemimpin pas dalam gelap dalam cerah, tepi longkang dijadikan usrah barbican untuk hantam pemimpin. cari apa saja salah pemimpin. kerja kerja politik tak mahu dibuat. sedap duduk depan pc hantam pemimpin.

perkara asas pilihanraya dalam usaha menawan putrajaya kalau tak dilakukan bagaimana nak menang. kalau sesenang menulis dalam blog buat fakta, buat research, buat kerja kerja kotor itu lagi senang dari membuat kerja kerja parti untuk menghadapi pilihanraya. siang malam bertamu di depan monitor meneliti fakta, angka lokaliti, kampung kedudukan pemilih. penambahan lokaliti pembuangan lokaliti. pecah sempadan belah bahagi apakah dah dibuat. tolonglah kerja untuk parti bukan hanya pekerja parti kena buat. ahli parti pun sepatutnya menolong kerja kerja ini bukannya berseronok dalam alam maya. sekolah sekolah tempat mengundi pun masih kelabu lagi. kenalpasti pengundi pun tak biasa buat. ntah ntah tak pernah mengundi kerana tak pernah mendaftar. hanyutlah penyokong dan ahli pakatan rakyat ni. pandai cakap tapi buatnya hanyut jahanam. masa dah suntuk sekarang. kerja kerja belum bermula dengann baik. jadi sampai bila dan bila mahu bermula

Ulasan