barisan nasional perlu dihumban segera

kemana lagi rakyat marhaen nak mengadu nasib malang mereka. ada kerajaan pun bangang, nak dapat duit dari rakyat dengan berselindung dibalik mahu menjaga kesihatan rakyat. subsidi satu billion, (1,000,000,000) dihapuskan kerana mahu kesihatan rakyat malaysia terjamin dari terkena penyakit kencing manis. betapa jahatnya kerajaan malaysia sekarang. barisan nasional perlu segera dijatuhkan kerana pemimpin barisan nasional tidak lagi memberikan manafaat kepada rakyat jelata. pohon yang lama kalau rimbun boleh menumpang teduh tapi kalau dahannya yang besar menimpa kita, baik ditebang aje pohon yang besar dari lebih lagi memberikan mudharat kepada rakyat.

rakyat malaysia perlu bersegera menyambut saranan dari pembangkang bahawa bn perlu dijatuhkan dari takhta kerajaan pusat dalam pru yang ke 13. tidak ada jalan lain lagi selain kerajaan bn perlu dinyahkan segera. semakin lama semakin banyak kemusnahan yang akan dibuat oleh pemimpin yang hanya tahu menyusahkan rakyat bukannya memcari jalan bagaimana mahu menolong rakyat. barang keperluan lain akan naik menjelang musim perayaan dengan berganda ganda akibat kenaikan bahan bakar dipasaran malaysia. minyak dunia tak naik naik pemimpin umno dengan muka selamba menaikkan harga bahan bakar dengan mudahnya. menaikkan barang 5 sekali gus yang mana begitu bangang kerja kerja ekonomi mereka. dan barua barua mereka dengan megahnya melaungkan sokongan tidak berbelah bagi. tindakan ini adalah untuk menyelamatkan negara dari muflis tapi sebenarnya kerja mudah mengutip wang untuk diberi kembali dalam bentuk projek kepada kroni kroni.

setelah dinaikkan harga barang, dibagi satu isu yang mahu dikelubungkan isu barang naik. isu penyatuan pas dan umno. dan kerja kerja orang tengah bermula. isu isu ini disengaja dicipta agar rakyat cepat lupa dengan kenaikan harga barang. strategi mereka adalah untuk membuatkan rakyat lupa kepada kenaikan harga barang dan memberikan penumpuan kepada penyatuan melayu. penyatuan melayu akan berlaku jika pas dan umno bersama sama. middle man dan diberikan kepada muffin perak. muffin perak amat gemarkan keadaan ini. mungkin bermula malam ini, jelajah muffin akan bermula sebagaimana penjelajahan sewaktu mendirikan kerajaan perak dulu. dari perak terus ke kelantan dan hampir hampir ke terengganu. sebanyak mana akan diberikan kepada muffin jika muffin berjaya melaksanakan mission imposible ini. kenyataan muffin pertama dah tersebar meluas dalam media massa hari ini. kedai kopi dah panas bila isu ini diketengahkan dan isu isu barang naik dah sepi kerana isu baru yang sengaja dicipta oleh umno.

berjaga jaga wahai pemimpin pas dan seluruh pemimpin pakatan pembangkang, apabila isu perkauman melayu ditiupkan bermakna pintu pintu ISA akan ternganga dengan luas, mana pemimpin pas dan pembangkang yang tidak berjaya diseret untuk menjayakan rancangan penyantuan melayu bermakna mereka akan diheret ke ISA. nada lama dan lagu simforni isa makin berkumandang. lagu tegar kamunting dari penyanyi penyanyi baru yang akan menghuni kamunting akan berkumandang. OPS ISA akan dimulaka apabila agenda perkauman yang ditiupkan berakhir dengan kegagalan. jangan sambut permainan ini. dulu semasa kes mca umno yang terhadapan masuk ISA adalah kekanda mat sabu. kekanda buniyamin yaakob, kekanda ismail noh, bakar chik dan hampir hampir sekali adalah tok guru haji hadi. gendang dah dipalu oleh muffin dah berhati hati menari. mereka tak akan senang melihat apa yang terjadi sekarang. kedudukan mereka amat rapuh dan perlu cari jalan selamat.

Ulasan