ada juga yang menyokong kenaikan harga barang

apa punya bodoh dan bangangnya punya manusia. aku tak pernah jumpa manusia yang bodoh dan sebangang ini. kalau dah kaya sangat jangan sampai menyusahkan manusia yang miskin dan papa kedana. betapa bebalnya manusia yang mengatakan bahawa kenaikan harga barang wajar kerana nak menolong kerajaan. manusia yang paling bangang dan bodoh adalah presiden fomca, n marimuthu. apakah jenis manusia yang dipilih oleh ahli persatuan pengguna dengan melantik beliau sebagai presiden fomca. kalau inilah jenis manusia yang dipilih menjadi presiden pengguna baik jadi pengguna yang tak berguna. ikut saja kata kerajaan yang bangang. tutup aje persatuan pengguna tubuh persatuan tak guna lagi baik.tujuan utama penubuhan persatuan pengguna adalah untuk menolong pengguna bukan menjadi tak guna.

kerajaan yang dipilih melalui demokrasi atau hatta kerajaan komunis ke yahudi ke zionis adalah bertanggungjawab dalam menjaga keselesaan, kebahagiaan dan keselamatan rakyat yang dipimpin. kalau kerajaan selalu mengungkit mengatakan rakyat perlu bersyukur kerana berlaku sikit kenaikan akibat betapa jahatnya kerajaan dalam merompak dan membaham harta rakyat, apakah rakyat perlu bersyukur. dimana perasaan kerajaan yang selalu mengutuk rakyatnya yang selalu memberi undi kepada mereka untuk mengekalkan kuasa mereka dan boleh mereka hidup mewah sepanjang hayat dan sehingga tujuh keturunan mereka. kamu pemimpin yang dipilih dan jika dipilih buat secara dipilih. kalau pemimpin umno dah tak mampu memimpin negara baik berhenti saja. duduk rumah layan isteri lagi baik.

adakah terdapat dinegara lain seperti pemimpin umno dinegara kita yang selalu mengungkapkan bahawa rakyat hendaklah menolong kerajaan dan bersatu membangunkan ekonomi yang ranap akibat kebuasan mereka mentadbir negara. boros dan menjalankan rasuah untuk perut mereka. kalau ekonomi jatuh subsidi mesti dikurangkan kerana rakyat perlu bersusah payah untuk pemimpin bukannnya pemimpin bersusah payah untuk rakyat. betapa jahat dan jahilnya pemimpin umno. oleh kerana terlampau lama berkuasa mereka merasakan rakyat dah menjadi beban kepada mereka padahal rakyat yang memberikan mereka kuasa dan harta. dan oleh kerana ada saja yang menyokong tindakan mereka, pemimpin umno makin tamak, rakus dan durjana dalam memimpin malaysia.

inilah satu satu negara didalam dunia, rakyat perlu berkorban untuk pemimpin, pemimpin hidup mewah dan mentakedarah secukup rasa. rakyat di injak, dibiarkan miskin, menderita dan lapar azab sengsara akibat tekanan ekonomi, semakin lama makin banyak kejadian jenayah kerana rakyat malaysia lapar kerana kekangang ekonomi. rakyat asing diberi makan di depot tahanan, tak ada duit dalam kantung negara naikkan harga minyak, naikkn harga barangan keperluan harian atas dasar tak mahu rakyat menderita kencing manis, tak mahu ada penyeludup, dan mahu menaikkan pendapatan perkapita rakyat malaysia. bahalol sangatlah pemimpin umno dan para sanjana celaka yang membenarkan dan mengiakan tindakan kerajaan zalim ini. beli minyak naik 5 sen bukan untuk seliter setahun atau seliter untuk lima tahun. seliter berapa kilometer yang boleh pergi jika berkereta. kalau guna minyak 100 liter sebulan dah berapa hilang wang untuk membeli barang keperluan lain.berfikir lah wahai pemimpin umno yang bangang dan para penyokong mereka.

Ulasan