pasreform perlu jadi kaya sebelum langgar orang

nampaknya kumpulan pas reform dah mengaku kumpulan miskin dan papa kedana, oleh kerana kumpulan miskin dan papa kedana, ia secara automatik tidak layak menjadi calon pru yang akan datang. kalau nak jadi kaya perlu bekerja keras atau perlu mintak sedekah dengan banyak. orang yang paling layak jadi calon pada pru yg ke13 adalah tulangbesi kerana gajinya 6x lebih dari gaji exco. laman web ombakfitnah kepunyaan tulangbesi menjana sumber pendapatan yang tidak terhad. oleh kerana kumpulan pasreform adalah kumpulan miskin ia perlu diundurkan segera. orang miskin mana layak memimpin dan tidak mempunyai keupayaan kalau nak memimpin rakyat. bila pemimpin miskin ia akan menjadi adun malim nawar, munna bhai yang lari dari dap, jadi ahsooo di jelapang ia miskin jadi ia perlu jadi kaya dengan menyertai umno.

kalau nak buat pelanggaran tidak perlu kepada vidiyo ke edit apa ke, kalau mencari kebenaran tidak perlu kepada semua itu. kepada pas reform hentikanlah kerja kerja bangang. kalau pasreform hanya mencari kebenaran ia bermakna ia tidak perlu kepada ada bukti video ataupun rakaman. rakaman separuh masak pun diupload untuk tontonan orang ramai menimbulkan persepsi buruk. pas reform hanya mencari populariti bukan kerana allah taala. dari dulu lagi aku kata songkok putih jangan layan sangat pasreform ni tapi dia layan jugak makhluk separuh masak ni. mereka mempunyai agenda peribadi bukan mencari kebenaran. kalau mereka betul berjuang mencari keredhaan allah mereka tak akan bertindak seperti orang gila talak.

perjuangan yang tak ada prinsip dan dasar yang jelas. pas reform hanya menjalankan kerja kerja bodoh dalam merencanakan program. kalau pasreform mengatakan ramai sangat penyokong mereka kenapa dana yang dikutip tidak sampai ketangan pemimpin pasreform atau pemimpin pasreform sudah korup dari awal lagi. banyak membelanjakan sumber sumber sedekah untuk kegiatan diri sendiri. kalau pas reform mempunyai paling lekeh pun 100 ribu penyokong kerana pas reform mahu mengadakan revolusi dalam pas perlu ada 10% dari ahli pas tapi yang datang sebagai pasreform adalah bukan ahli seperti adukatarakguna. jadi dimana nak claim yang pas reform mempunyai ramai pengikut, pasreform ramai pemimpin saja kot tak ada penyokong yang tak berani mati sepertimana penyokong pas yang sanggup bergolok bergadai demi parti. jika tiada dana perjuangan apakah ini?

komunis yang berjuang dalam hutan pun mempunyai dana, apakah tiada perancangan untuk menjadikan pas reform begitu subur dan mewah. jual cendawan ke jual air tebu ke, kena lakukan sebagaimana arqam membina ekonomi dulu sebelum abuya nak dptkan jawatan pm. begitu hebat pemikiran adukatarakguna yang menjadi sanjungan ulamak kepala lutut tak terfikir untuk menjana ekonomi pasreform. kalau beginilah pemikiran adukatarakguna baik berhenti jadi pemimpin pas reform diawal awal perjuangan dan kiok. perjuangan tanpa dana ibarat perahu tanpa pendayung ia akan hanyut dan mudah dibeli oleh umno. dan yang pasti perjuangan ini akan mendapat tempat dihati umno kerana keberaniann mereka menerjah pemimpin pas. mereka akan menurut jejak langkah langkah pemimpin yang kecundang seperti nakhaie, ezam, zahrain, munna bhai, ahsoooo. duit juga menjadi hidangan mereka akhirnya,

Ulasan