cukai kharaj dan jizyah

semasa pemerintahan pas terengganu 1999 hingga 2004, tok guru haji hadi awang telah mengutarakan satu sistem percukaian baru, banyak kajian dihabiskan di sini, aku ada terbaca dalam satu blog yang mengatakan kharaj dan jizyah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pas terengganu "tidak kena pada tempatnya" aku tidak tahu dimana cukai yang belum dilaksanakan lagi tidak kena pada tempatnya, dimana tidak kena aku tak dapat meneka apa yang dikatakan tidak kena pada tempatnya. aku bersangka blog ini mempunyai pandangan yang berbeza dengan aku, tapi cukai kharaj ini baru diperingkat perancangan belum dilaksanakan.

oleh kerana media massa waktu itu memainkan peranan mencelakakan pas terengganu, kaum bukan islam amat takut kepada sistem percukaian baru ini, cukai ini akan melambangkang betapa adilnya apabila islam memerintah sesuatu negeri. cukai ini hanya akan berlaku kepada tanah sahaja kerana pihak kerajaan negeri hanya berkuasa disudut tanah sahaja. konteks cukai ini hanya akan berlaku dinegeri terengganu sahaja. sebelum perlaksanaan cukai ini, pelbagai pihak telah dipanggil untuk memberikan idea untuk merealisasikan idea yang cukup baik ini. idea cukai kharaj ini sebelum bermula dah bermula lagi kutukan dan hujahan hujahan bodoh kerana mempertikaikan sistem cukai yang belum dilaksanakan.

pandangan daripada orang ramai diambil kira, pakar pakar cukai sistem islam dipanggil untuk mengabungkan idea sebelum diterjemahkan dan diberi penerangan kepada rakyat negeri terengganu. tapi oleh kerana media massa waktu itu dikuasai sepenuhnya oleh umno maka cukai ini ditakut takut kepada kaum bukan melayu dan orang islam ditakutkan dengan ketinggian cukai ini. padahal sistem ini masih dalam peringkat percambahan idea tapi telah digunakan oleh media massa untuk menyerang kerajaan pas negeri terengganu. dan yang menulis blog itu pun masih mempertikaikan apa yang belum dilakukan. aku heran sungguh manusia ini, benda yang belum berlaku dan belum diberi penerangan pun masih takut untuk mendengar dahulu sebelum menerimanya. pas terengganu bukanlah sebangang tulangbesi yang menjual cerita cerita bangang dalam webnya. pas terengganu memanggil beberapa pakar dalam bidang ini dan tidak lupa juga ada pegawai tcs terengganu yang mahir dalam sistem ini.

apakah idea yang dilontarkan terus dijawab dengan serba tak tahu dengan jawapan tidak. padahal sistem kharaj ini akan memberikan kelebihan keadilan kepada umat islam daripada terus ditekan oleh sistem kapitalis dan sosialis di malaysia. bagaimanakah islam nak menunjukkan taringnya dalam memerintah, bila masa peringkat lontaran idea umat islam sendiri membantah dengan sekeras kerasnya. aku tidak nampak dimana tidak kenanya sistem ini, yang aku nampak kerajaan pas terengganu cuba membawa umat islam keluar dari sistem yang tertindas kepada sistem yang lebih adil dalam usaha membawa keadilan dalam islam.

kenapa umat islam boleh menerima sistem cukai sosialis dan kapitalis padahal sistem ini menekan ekonomi umat islam, tanpa kita sedari umat islam dimalaysia dikenakan dua kali cukai berbanding umat bukan islam, umat islam membayar zakat dan cukai pendapatan. apakah ini tidak mendiskriminasi umat islam, kalau pemimpin islam nak melaksanakan cukai secara islam dengan tiba tiba kita membantah tapi dengan senang hati menerima sistem kapitalis dan sosialis. disini aku sungguh tak memahami orang islam, cukai kapitalis diterima dengan senang hati dan apabila cukai islam nak dilaksanakan untuk umat islam ditentang dengan ayat yang lunak tak kena pada tempatnya. inikah cara kita orang islam menerima islam, susah sangat nak menerima kebenaran islam. islam itu adil disemua tempat. kenapa mempertikaikan sistem islam padahal kita adalah orang islam, solat 5 waktu tapi bila ada cukai secara islam nak diperkenalkan kita menentang samada dalam bentuk lisan atau tulisan.

Ulasan