tulangbesi marah dengan penembak babi

Sebelum sampai 24 jam tulangbesi.wordpress mengistiharkan tulangbesi dah jadi baik, tulangbesi menyebarkan lagi fitnah kepada tok guru presiden, kali ini tulangbesi mengaku dia tidak mempunyai maklumat tapi merasakan melalui firasatnya yang setiasa betul seperti greenboc. dengan selamba je tulangbesi melemparkan fitnah bahawa kerajaangg perpaduangg adalah berasal dari israel. dan tulangbesi telah mengesahkan bahawa kerajaanngg perpaduangg tidak jadi, kalau mahagaru blogger telah mengesahkan kerajaanngg perpaduangggg tak jadi, pengikutnya kenalah wala' dan thiqah kepadanya, jangan jadi wala' dan thiqah menjadi candu pulak dalam parti pas reform, jurucakap pas reform adukatarakguna telah mengesahkan mereka akan masuk calon dan akan kutip derma dana tabung pilihanraya. kutip derma yang penting sekali kan, mana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasik. mahagaru kutip derma nak lawan pas, pengikut kutip derma nak lawan mahkamah.

walaupun tanpa fakta, tulangbesi tetap mengatakan idea kerajaanng perpaduangg dari umno dan apa saja dari umno hendaklah dia tolak. kenyataan bangang yang dibuat oleh tulangbesi, ada berapa perkara pas dan umno boleh duduk semeja, antaranya mengenai palastine, hal hal hak asasi manusia, dulu kata jangan jadi pas parti jumud, tapi bila pas terbuka menerima pandangan dari sesiapa saja dikatakan mengandaikan prinsip perjuanagn. sampai bila pun pas tak elok dimata mereka kerana mereka adalah orang orang yang nak sangat tengok pas jahanam. peluru hari ini tidak dihalakan secara direct cuma dialihkan sedikit kepada penasihat penasihat presiden pas, atau hanya dendam kepada geng geng terengganu yang berada disekeliling TGHH.

hari ini tulangbesi telah marah kepada penembak babi kerana isu barbican, penembakbabi rupanya orang tranung, kalau tidak tulangbesi tidak akan mengamuk dan mengatakan barbican tiada ditulis dalam bahasa tranung. rupanya bahasa tranung ni dipakai dimerata dunia rupanya, cuma di botol dan laman web barbican tidak ditulis bahasa tranung. setahu akulah penembakbabi tak kata barbican haram, cuma dia kata manale tau mabuk sebab terlampau banyak minum dan berusrah tepi longkang. batuapi dah mengesahkan hari itu, barbican bukannya haram, cuma bimbang puak puak barbican terlebih minum manalah tau sedap sangat gelak hahaha tgna dibalun oleh kickdecolla.

nak juga membaca link yang dibagi tulangbesi, haram lamanweb tu tak boleh masuk, betulke ada link tulangbesi, atau link reka reka je. tak ada weblink pun. memang pandai tulangbesi mereka reka fitnah kepada penembakbabi. nampaknya sasaran penembakbabi tepat kali ini, mahagaru sendiri terpaksa turun menentang penembakbabi, setelah usaha usaha pengikut menemui kegagalan. dari lombok terus ke klia tu menjawab hujah penembakbabi. penembakbabi tak kata pun minuman barbican tu haram. satu ayat pun tak ada penembakbabi tulis barbican adalah minuman haram. kesihan puak puak ni, sampaikan mahagaru terpaksa turun dari singahsana untuk menjawabnya sendiri.

Ulasan

  1. Betul juga dengan firasat ilmu Laduni Mahaguru Tulang Besi tentang Kerajaanng Perpaduangg. Cuma beliau tertinggal sedikit dalam firasatnya. Idea tu dari tingkat empat yang diperturunkan oleh APCO dan APCO pula menerima arahan daripada Mahaguru Tulang Besi. Kerana itulah TB cukup tahu tentang UG ni. Ia pula menjadi modal besar buat puak-puak TF13 dan Pas Reform.

    BalasPadam

Catat Ulasan